TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mee Kari Kak Yah di Ipoh

By Idris Ismail Talu.

Mee kari Kak Yah memang terkenal di Ipoh. Kenapa dinamakan sebagai "Mee Kari Kak Yah?" Sebenarnya penulis sendiri tidak mempunyai jawapannya. Apabila penulis ditukarkan ke Ipoh dalam tahun 1991, rakan-rakan membawa penulis ke sebuah warung mee kari berhampiran Medan Kidd, Ipoh.

Dari situ barulah penulis tahu sebenarnya "Kak Yah" hanya membantu abang dan kakak iparnya yang berniaga pelbagai jenis masakan berasaskan mee di situ. Namun mee karilah yang paling terkenal di antara pelbagai menu mee yang dijual, kerana kelazatannya yang cukup istimewa.




Oleh kerana warung di Medan Kidd itu kecil, tidak dapat menampung pelanggannya yang sungguh ramai, keluarga Kak Yah terpaksa pindah dari suatu tempat ke tempat yang lain di sekitar Ipoh. Akhirnya mereka memilih untuk berniaga di sebuah warung yang disewa berhampiran Masjid Taman Kledang, Ipoh.

Selain dari keistimewaan rasa kuahnya yang cukup lazat, keluarga Kak Yah juga membuat sendiri "fish ball" dan "fish cake" yang mereka gunakan di dalam pelbagai resepi masakan mereka.

Perniagan keluarga Kak Yah terus maju, pelanggan terus-menerus bertambah.

http://idristalu.blgspot.com/

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran