TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 6 Oktober 2010

Biaya walit RM67 juta

Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 07 Oktober 2010.

PUTRAJAYA 6 Okt. - Agrobank telah mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM67.7 juta kepada mereka yang berminat menceburi industri sarang burung walit yang semakin berkembang di negara ini.

Contoh tempat walit bersarang - sumber foto - internet.


Pembiayaan itu disediakan melalui peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan menggalakkan pelaburan di dalam industri berkenaan berikutan permintaan tinggi terutamanya di China.

Pembiayaan yang mula disediakan sejak awal tahun ini, kini menarik 200 individu dan kumpulan untuk mendapatkan pinjaman mereka dari bank tersebut.

Pengurus Agrobank (Pemasaran Jualan), Jamaludin Mahfodz berkata, pinjaman itu digunakan untuk membina 'rumah' burung serta menyediakan sistem bunyian untuk menarik perhatian burung walit membina sarang.

"Berdasarkan pengalaman pihak bank, pengusaha sudah mampu membuat pembayaran balik tidak sampai setahun walaupun dibenarkan menangguhkan bayaran selama 12 bulan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah mengenai peruntukkan perusahaan burung walit pada dalam seminar yang dianjurkan oleh Gabungan Pengusaha Makanan Halal Malaysia (GPMM) di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Presiden GPMM, Abdul Rahman Bakar.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran