TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 13 Oktober 2010

Lesung kaki untuk menumbuk padi

By Idris Ismail Talu.

Lesung kaki ini biasanya digunakan untuk menumbuk padi yang telah dikeringkan bagi menjadikan ianya beras. Beras pula dimasak untuk menjadi nasi - makanan asas kebanyakan orang di rantau Asia Tenggara ini.

Apabila kos membeli mesin pengisar padi menjadi bertambah murah, orang kampung beralih arah kepada menggunakan mesin padi dengan meninggalkan alat yang agak kuno ini.

Kini amat payah bagi kita untuk melihat lesung kaki ini. Kenapa ianya disebut sebagai lesung kaki? Jawapannya ialah kita menggunakan kaki untuk memijak naik alu penumbuk lesung ini naik turun untuk menghancurkan kulit padi tersebut. Terdapat juga lesung tangan, yang menggunakan tangan untuk menaik dan menurunkan alu lesung tersebut.


http://idristalu.blogspot.com/

3 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Lesung kaki pulak ya! Tuan Haji. Nostalgia, nostalgia.

Kawan masa kecek dulu salu ngat kena menumbuk padi menggunakan lesung kaki nih. Aduh! punyalah malas. Asyik bergaduh je dengan nenek kawan.

Idris Talu berkata...

Begitulah Tuan Haji Hashim,

Betul-betul nostalgia - saya pun sama macam tuan haji, tok selalu ajak menumbuk padi (saya duduk dengan tok). Biasanya kami menumbuk padi waktu malam, lepas sembahyang Isya', bawak sampai ke Subuh baru habis menumbuk.

Lepas Subuh, mereluh sampai matahari tinggi. Sayu teringat masa kecik-kecik, susah, tetapi menguatkan azam kita supaya kreatif dalam hidup, berdikari dan bersemangat tinggi.

Banyak betul kenangan lesung kaki ini.

Wassalam.

Ummi Humaira berkata...

salam tn hj...

ummi pun masih berkesempatan menggunakan lesung kaki ni @ di sebut lesung ghindik ...tp ummi guna untuk tumbuk beras jadikan tepung serta tumbuk padi jadikan emping ...
terkenang suatu masa dulu yg penuh seribu kenangan

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran