Sumber: Mingguan Malaysia Online
Tarikh siar: 03 Oktober 2010.
Oleh Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.
SAYA agak terpempan membaca pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdasarkan laporan akhbar arus perdana mutakhir ini bahawa beliau tetap tidak bangga dengan Melayu kerana baginya setiap bangsa adalah sama. Saya menghormati pandangan beliau dalam hal ini. Namun saya juga punyai pandangan tersendiri yang agak berbeza.
Kita perlu berbangga dengan nikmat-nikmat Allah SWT kepada kita, dan antara nikmat yang banyak itu termasuk juga nikmat dijadikan kita sebagai seorang Melayu dan dimuliakan pula dengan Islam. Hikmah dan kebijaksanaan Allah SWT yang telah menjadikan kita berbangsa Melayu dengan pelbagai keistimewaan yang barangkali tidak wujud pada bangsa yang lain.
Kebijaksanaan Allah SWT jualah yang menjadikan pelbagai bangsa dengan matlamat yang jelas supaya dapat meraih manfaat dari kepelbagaian tersebut seperti Firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat ayat 13 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa, sungguh Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Teliti.
Secara prinsipnya, menurut Islam ketaksuban kepada bangsa tidaklah ditolak secara keseluruhan, namun ia perlu menurut acuan syarak. Cuma, yang ditegah adalah berbangga dengan bangsa sendiri sehingga merendahkan dan memanipulasi bangsa lain. Biarpun begitu, saya sama sekali tidak mengajak masyarakat supaya membuta tuli kepada semangat terlalu bangga dengan rumpun bangsa sendiri sehingga menjatuhkan bangsa selain daripada Melayu.
Dalam hal ini, saya agak tenang bila merujuk kepada pernyataan As Syahid Hassan Al Banna dalam kitabnya Majmu‘ah Rasail As Syahid Hassan Al Banna yang menyatakan bahawa semua bangsa adalah sama iaitu dari Adam dan mereka semua adalah bersaudara. Perbezaan antara mereka adalah berdasarkan amalan yang dilakukan. Namun, di sini bukanlah bermakna kita langsung tidak perlu menghargai bangsa kita sendiri dan menolak segala keistimewaan semulajadi yang dimiliki. Ini disebabkan setiap bangsa dijadikan Allah SWT punyai kelebihan dan keistimewaan semulajadi, kelainan dan perbezaan antara mereka seperti mana bangsa Arab yang memiliki keistimewaan yang baik. Asasnya ialah bagaimana untuk menggunakan segala keistimewaan tersebut untuk membangun dan menaikkan martabat bangsa dan umat manusia berdasarkan keistimewaan yang dimiliki.
Seharusnya perlu kita sedari bahawa bangsa Melayu sebenarnya terlalu istimewa untuk ditelusuri susur galurnya yang amat sinonim dengan Islam. Ini dapat dilihat dengan perkembangan sejarah peradaban perkembangan Islam di Tanah Melayu dan sejarah yang agak hampir dengan kita ialah bagaimana peranan cendekiawan berbangsa Melayu termasuk para ulama dan guru-guru pondok seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al Hadi, Syeikh Abbas Taha, Dr Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir dan yang seangkatan dengan mereka bertungkus lumus berjuang meraih kemerdekaan.
Siapakah mereka jika tidak dari kelompok orang Melayu yang ingin merubah anak bangsa Melayu dari bertuankan penjajah kepada mempunyai jati diri sebagai bangsa yang berdaulat. Sayugia berbanggalah kita sekiranya kita juga dapat memainkan peranan bilamana kita dapat mencurahkan tenaga dan fikiran untuk kebaikan bangsa kita sendiri dan Islam terutamanya.
Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa dengan membela bangsa Melayu bererti membela kepentingan Islam kerana begitu sinonimnya perkataan “Melayu” itu dengan “Islam”. Tambahan pula tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa perkataan “Melayu” didefinisikan sebagai seseorang yang menganuti Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.
As Syeikh Jurji Zaidan menerusi karangan beliau Tarikh Al Tamaddun Al Islami menegaskan bahawa sikap taksub dan ekstrem terhadap bangsa tidaklah dapat dihilangkan secara keseluruhan, cuma dicanaikan kembali menurut acuan agama. Oleh kerana itu, maka diiktiraf Quraisy itu sebagai semulia-mulia bangsa dan dilebihkan dalam segenap hal ehwal kehidupan disebabkan hampir dan hubungkait dengan junjungan besar Nabi SAW.
Justeru itu, sebarang tugasan, kedudukan, pemberian dan seumpamanya didahulukan golongan tersebut daripada orang lain apatah lagi zahirnya hadis Nabi SAW bahawa, “Para Imam dari golongan Quraisy”. Berdasarkan hal tersebut, memang tidak terdapat sebarang perbalahan tentang mendahulukan kepimpinan terhadap bangsa Quraisy. Pada pengamatan saya, sekiranya hitungan bangsa tidak ada nilaian mengapa berlakunya sikap mendahulukan bangsa Quraisy terhadap bangsa yang selain darinya. Berlakunya hal ini disebabkan kerana nilaian kemuliaan dan ketinggian didasarkan kepada kelebihan bangsa tersebut.
Saya amat berharap agar perbalahan tentang hal ini tidak mengganggu umat Melayu Islam kerana kita punya tugasan yang lebih besar dari itu iaitu berusaha mencantumkan bangsa Melayu Islam ini agar lebih kuat dan bersatu padu. Marilah kita bersama-sama renungi firman Allah SWT dalam surah Al Anfal ayat 46 yang bermaksud, Dan taatilah Allah SWT dan Rasul Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah,Sungguh Allah SWT beserta dengan orang yang sabar.
Terlalu banyak isu dan permasalahan yang masih belum selesai yang memerlukan kepada kerja keras dari bangsa Melayu yang dianggap majoriti dalam negara ini. Hindarilah perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan merosakkan hubungan silaturrahim. Mudahan dengan kehadiran cahaya Syawal ini lebih menzahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 2 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu. Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas. Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Kalau kita lihat sepintas lalu, perbezaan di antara buah mentega @ seralat (diospyros blancoi) dengan buah pisang kaki...
-
By Idris Ismail Talu. Di kalangan jemaah haji dari Malaysia, masjid ini dikenali dengan nama Masjid Kucing. Masjid Kucing dikatakan mendapat...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan