TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 17 Oktober 2010

Daun Kari

By Idris Ismail Talu

Pokok daun kari adalah tergolong dari keluarga “Rutaceae” yang boleh tumbuh subur di tanah yang pamah di sekeliling rumah kita. Ada yang menyebutnya sebagai daun karipulei. Nama botani pokok daun kari ialah Murraya Koenigii. Ianya dikatakan berasal dari India.

Anak pokok daun kari.

Daun kari menjadi pelengkap herba kepada masakan India dan Melayu kerana daun ini mempunyai bau yang wangi dan menaikkan selera pemakannya. Daun kari ini juga adalah sebahagian dari herba yang diproses dalam penyediaan pelbagai rempah ratus, seperti rempah kari ayam, rempah kari daging, rempah masak kurma dan lain-lain lagi.

Dalam masakan Melayu, semua jenis makanan yang bergelar kari, akan menggunakan daun kari sebagai salah satu rencah herbanya. Malah dalam menggoreng cucur pun, ada yang menambah daun kari dalam adunan cucur tersebut.

Pokok daun kari yang agak dewasa.

Pokok daun kari boleh membesar sehingga lebih kurang 5 meter tingginya. Daunnya bewarna hijau tua apabila matang, mempunyai rasa yang agak kelat, tetapi menaikkan bau makanan yang dimasak dengan mencampurkan daun ini.


Di kampong-kampung Melayu di Semenanjung, pokok daun kari ini banyak ditanam di sekeliling rumah. Bentuk pohonnya agak menarik sementara daunnya yang agak kelat pahit serta baunya yang keras tidak digemari makhluk serangga perosak. Oleh itu, kesuburan pokok daun kari jarang terganggu.

http://idristalu.blogspot.com/

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam tn hj.

teringat masa kecik2 dulu panjat n duduk atas pokok karipuley yg besar kt belakang rumah..

ummi suka ambil pucuk daun tersebut n dibuat ulam ,,sedaaaap

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam wr wb,

Ya Ummi Humaira, hampir setiap rumah kampung ada pokok karipuley ini. Masak kari pakai daun dia, kadang-kadang buat tumpi atau rempeyek pun campur daun ini juga.

Orang Jawa masak tempe pun kin dah campur dengan daun kari.

Itulah pentingnya daun kari.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran