Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/10/06
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman, uminadirah@bharian.com.my
Amaran Sultan Ibrahim bukti baginda cintakan keamanan
TITAH Sultan Johor, Sultan Ibrahim bahawa rakyat tidak mempunyai hak membahaskan kuasa Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri wajar dipandang serius oleh masyarakat di negara ini jika mahukan keamanan dan kesejahteraan negara berterusan.
Amaran baginda pada majlis Perasmian Seminar Perlembagaan Malaysia peringkat negeri Johor, kelmarin jelas menunjukkan baginda bukan saja seorang sultan yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, malah sangat peka dan prihatin terhadap perkara berkaitan kedamaian negara.
Malah, baginda juga bimbang dengan sikap segelintir masyarakat di negara ini yang cuba membahaskan isu sensitif, sekali gus boleh menggugat kesejahteraan negara seperti rentetan peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan kedamaian negara tergadai akibat hilangnya sikap toleransi dan wujudnya golongan pelampau.
Atas dasar kepekaan dan keprihatinan terbabit juga, baginda turut bertitah supaya rakyat tidak mempersoalkan kuasa Raja di dalam Perlembagaan, selain tidak mentafsir perlembagaan mengikut selera dan kepentingan sendiri yang boleh mencemar keharmonian hubungan kaum di negara ini.
Titah baginda Sultan Johor itu bukan saja menunjukkan baginda memahami sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan, malah implikasinya jika masyarakat memandang mudah dan tidak menghormati institusi beraja yang menjadi tunjang penyatuan masyarakat berbilang kaum terutama Melayu.
Seperti kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah.
Perlembagaan Persekutuan antara lain adalah undang-undang tertinggi di negara ini dengan mengandungi 183 perkara dan ia adalah sebuah perlembagaan yang lengkap dan mengambil kira kepentingan semua rakyat dan latar berlakang sejarah negara ini.
Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan pada 1957 yang digubal secara teliti oleh Suruhanjaya Reid dan dianggotai pakar undang-undang dari luar negara.
Ia seterusnya melalui pelbagai proses yang rumit termasuk meneliti 131 memorandum daripada semua pihak, selain mengadakan 118 persidangan dalam masa lima bulan sebelum Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melalui proses maklum balas, kajian semula, pindaan sebelum diluluskan Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan ia kemudian berkuat kuasa pada tanggal 27 Ogos tahun sama.
Secara dasarnya, apa yang dititahkan Sultan Johor itu ada banyak kebenarannya kerana jika kita tidak mengamalkan sikap toleransi serta bertolak ansur dalam kehidupan secara berkomuniti di negara ini, maka kedamaian dan keamanan dalam negara boleh tergugat.
Malah, Sultan Johor dalam titah ucapannya juga turut memuji semangat toleransi di dalam parti Perikatan iaitu MCA dan MIC bersetuju menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, selain UMNO bersetuju menerima taraf kerakyatan kepada orang asing secara jus soli.
Walaupun kurang setahun memegang gelaran sebagai Sultan Johor, Sultan Ibrahim ternyata serius dalam perkara membabitkan Perlembagaan Malaysia yang jelas menggariskan hak dan keistimewaan setiap kaum di negara ini tanpa ada yang dipinggirkan.
Masakan tidak, penganjuran dari setahun ke setahun Kembara Mahkota Johor sejak baginda menjadi Tengku Mahkota Johor sehingga pada kedudukan kini berjaya menarik kelompok masyarakat tanpa mengira kaum dan agama jelas menggambarkan sikapnya yang cintakan perpaduan.
Baginda bukan saja memahami Perlembagaan Malaysia, malah mengamalkannya secara langsung yang diibaratkan sebagai payung kepada negeri jajahannya dan kerana itu baginda bertitah undang-undang dan kuasa dalam perlembagaan itu tidak perlu kepada Raja, apatah lagi mereka sudah dididik mengenainya sejak kecil lagi.
Sungguhpun begitu, Sultan Johor turut melahirkan rasa dukacitanya terhadap sesetengah pihak yang lupa mengenai kepentingan institusi raja ketika mereka senang, selain cuba menghapuskan kuasa Raja-Raja, namun mula mencari raja bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan apabila timbul masalah pada kemudian hari.
Seperti titah baginda ketika seminar berkenaan: “Inilah sikap manusia lupa diri iaitu ketika hari hujan, payung dicampak dan dibuang, namun apabila hujan mula turun masing-masing berlari mencari kembali payung terbabit untuk berlindung”.
Begitupun, semua lapisan masyarakat seharusnya menghormati apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, apatah lagi ia menjadi tunjang ke arah mewujudkan perpaduan ukhwah dalam komuniti berbilang agama dan bangsa seperti di Malaysia ini.
Malah, titah baginda juga pelaksana dan pengamal undang-undang harus mengambil tindakan selaras Perlembagaan Persekutuan, selain perlu berhati-hati apabila menerima sesuatu kes untuk diadili terutama membabitkan kuasa Raja.
Sebarang bentuk perbahasan dan pertelingkahan mengenai isu sensitif akan menambahkan lagi jurang perselisihan terutama antara kaum dan agama sekiranya gagal dielakkan seterusnya menimbulkan kekeliruan tidak menjamin ketenteraman dan kesejahteraan semua.
Kesimpulannya, masyarakat di negara ini perlu memahami kandungan Perlembagaan Malaysia, seterusnya berpegang teguh dengannya selaras dengan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 demi mencipta satu masyarakat yang adil yang mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.
Laungan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan bukan sekadar diikrarkan di mulut semata-mata, tetapi harus memahami dan mendalami setiap maksudnya.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perbahasanisusensitiftambahjurangantarakaum/Article

Tiada ulasan:
Catat Ulasan