TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 3 November 2010

Banjir terburuk di Utara sejak 2005

Sumber: Utusan Malaysia Online.

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI, RAHANA MOHD. DAHARI, MARZITA ABDULLAH, SITI AIRUNNISA ALAUI, pengrang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005 dengan lebih 35,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara setakat ini.



Dua kanak-kanak perempuan, Siti Nadia Shukor, 13, dan adiknya, Sharifah yang berusia lapan tahun dikhuatiri lemas di Kota Setar, Kedah manakala seorang remaja, Muhammad Nurul Afiq Mohd. Rozaidi, 21, pula masih hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Baru, Simpang Empat, Kangar, Perlis.

Setakat malam ini, jumlah kematian yang dicatatkan termasuk korban terbaru ekoran banjir adalah lima orang.

DI KEDAH, lebih 25,000 penduduk daripada 6,415 keluarga di empat daerah telah dipindahkan ke pusat-pusat penem patan berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lepas.

Mereka yang terlibat adalah dari Kubang Pasu iaitu 15,613 mangsa, Padang Terap (3,105) Kota Setar (5,331) dan Pokok Sena (1,039).


Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, sebanyak 94 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah itu.

Bagaimanapun, seramai 803 mangsa di Padang Terap telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

Banjir di beberapa daerah di negeri ini juga bukan sahaja meresahkan mangsa terlibat malah penduduk di tempat lain khususnya di kawasan berhampiran.

Mereka sudah mula merasa kesannya apabila mengalami ketiadaan bekalan air paip sejak semalam.

Ia melibatkan lebih 750,000 pengguna dari seluruh Kota Setar, Pokok Sena dan sebahagian di Pendang berikutan pemberhentian operasi Loji Bukit Pinang sejak semalam akibat ditenggelami air.

Pemberhentian operasi Loji Bukit Pinang bukan sahaja disebabkan ia ditenggelami air malah bacaan NTU (Nephe lometric Turbidity Unit) atau sukatan kekeruhan air sudah terlalu tinggi.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar ditutup sehingga esok kepada semua penerbangan kecuali perkhidmatan helikopter.

DI PERLIS, jumlah pemindahan mangsa kini menjangkau 10,383 orang berbanding kira-kira 8,000 mangsa ketika negeri ini dilanda banjir pada 2005.

Bandar Kangar lumpuh sepenuhnya berikutan paras air banjir yang semakin meningkat sehingga menyebabkan ja lan-jalan utama ditutup untuk kenderaan ringan.


Mangsa banjir kini mulai bimbang dengan bekalan ma kanan yang berkurangan apabila banyak kedai di sekitar bandar berkenaan menutup operasi.

Sebanyak 14.6 juta padu air dilepaskan oleh Jabatan Pe ngairan dan Saliran (JPS) Negeri dari Empangan Timah Tasoh sejak Isnin lalu ekoran air yang melebihi paras bahaya.

Sementara itu, perkhidmatan tren antara bandar bagi laluan Arau-Tunjang pada hari ini dan esok dibatalkan.

Menurut satu kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, perkhidmatan tren yang dibatalkan adalah Ekspres Antarabangsa (Bangkok-Butterworth-Bangkok) dan Ekspres Senandung Langkawi (Hatyai-Kuala Lumpur).

DI KELANTAN pula, mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang bertambah kepada 452 orang berikutan limpahan air Sungai Golok dan mereka ditempatkan di dua lokasi pemindahan sementara iaitu di SK Gual Tinggi dan stesen kereta api lama di situ.

Paras air Sungai Golok kini melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.14 meter.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussin Awang memberitahu, empat lagi sekolah ditutup hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 13 buah sejak semalam.

Sekolah yang ditutup termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Sitok dan SK Kok Pauh di Rantau Panjang selain SK Bakong di Pasir Mas dan SK Bendang Pak Yong di Tumpat.

DI TERENGGANU, banjir kilat yang melanda negeri ini surut sepenuhnya hari ini ekoran cuaca cerah sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun sembilan mangsa daripada lima keluarga yang terdedah ancaman ombak besar di kawasan Kampung Pantai, Kuala Besut masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Pantai sejak kelmarin.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan MKN, kesemua mereka berpindah ekoran bimbang ombak kuat dan tinggi di be berapa buah pantai yang berdekatan kediaman mereka.

Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran