Sumber: Mingguan Malaysia Online
SEBENARNYA kunjungan penulis ke lereng Gunung Merapi kira-kira 40 kilometer dari ibu kota lama Indonesia, Yogyakarta adalah kali ketiga ketika gunung berapi itu meletus dan meragut hampir 40 nyawa.
Kali pertama kunjungan ke kawasan Gunung Merapi untuk bermain golf dengan rakan. Dia percaya kerugian besar bagi peminat sukan itu jika tidak bermain golf di Lapangan Golf Merapi
Memang kata-kata rakan penulis itu tidak dapat disangkal kerana Lapangan Golf Merapi memang indah. Cuacanya dingin, udara segar, lapangannya pula dilitupi hamparan rumput yang cukup subur menghijau dengan berlatarbelakangkan Gunung Merapi yang separuh ditutupi awan.
Kali kedua penulis ke Gunung Merapi adalah enam hari sebelum letusan berlaku iuntuk menemubual juru kunci Mbah Maridjan.
Aktiviti penduduk ketika itu berjalan seperti biasa. Kebanyakan penduduk di lereng gunung berkenaan menjalankan aktiviti penternakan lembu susu dan susu yang dihasilkan dari kawasan berkenaan cukup terkenal kerana kualiti yang tinggi, begitulah jelas rakan penulis yang juga anak kelahiran Yogyakarta.
Di kiri dan kanan jalan menuju ke rumah Mbah Maridjan dapat dilihat rumah-rumah diubahsuai menjadi resort dengan tujuan inap desa. Kenderaan yang membawa penulis sempat melalui terusan yang dibuat oleh kerajaan Indonesia khusus untuk mengalirkan lahar panas jika berlaku letusan Gunung Merapi
Walaupun juru kunci berkenaan enggan ditemubual, tetapi penulis sempat berehat seketika sambil menghirup udara segar.
Dalam perjalanan pulang penulis melihat penduduk sibuk mengumpul susu yang diperah daripada lembu ternakan masing-masing. Sebahagian daripada mereka bergotong royong memperbaiki bumbung rumah yang mulai bocor, tanpa menghiraukan aktiviti Gunung Merapi yang semakin aktif.
Penulis juga sempat singgah di restoran di lereng gunung itu bagi menikmati makanan berasaskan cendawan. Rupanya cendawan cukup subur di kawasan berkenaan. Tumbuhan itu ditanam secara terbuka.
Menunya semua cendawan termasuk sate sate, gulai, rendang dan sup. Sungguh enak, cukup kreatif dan luar biasa.
Pada 26 Oktober penulis sekali lagi ke Gunung Merapi, tetapi kali ini memandu kenderaan sendiri dari Jakarta kerana khuatir jika berlaku letusan Merapi akan menjejaskan pesawat yang melalui kawasan itu dan mungkin menyebabkan kecelakaan.
Ketika memandu kenderaan kira-kira 200 kilometer dari Gunung Merapi (berdasarkan data alat penentuan lokasi - GPS), tiba-tiba cermin kereta diserbu debu tebal sehingga menjejaskan jarak pandangan.
Penulis terpaksa berhenti di stesen minyak untuk membersihkan cermin dan ketika turun dari kereta, hujan debu mulai jatuh di atas kepala, bau belerang yang perih dan menusuk lubang hidung tidak dapat dielakkan lagi.
Tidak ada lagi udara bersih ketika suasana dibaluti kepekatan malam, masih lagi dapat dilihat puing-puing hujan debu yang berjatuhan.
Ternyata Gunung Merapi yang meletus pada kira-kira pukul 3 petang itu telah menyebarkan debunya sehingga jarak kira-kira 200 kilometer.
Terbayang apakah nasib penduduk di lereng gunung berapi yang paling aktif di dunia itu. Memang tidak diduga, Mbah Maridjan sendiri terbunuh dalam letusan itu dan lebih 20 orang di kampung berkenaan juga terkorban.
Kawasan rumah Mbah Maridjan di Kinahrejo diselaputi debu gunung berapi. Di sana-sini dapat dilihat bangkai lembu bergelimpangan akibat diselaputi debu panas. Semuanya seperti 'padang jarak, padang tekukur'.
Di tempat-tempat pemindahan, penduduk kampung terpaksa bersesak berteduh di bawah khemah yang terhad. Wajah-wajah ceria penduduk kampung kini kelihatan tertekan dan keletihan.
Kini kawasan 15 kilometer lereng Merapi diisytiharkan sebagai kawasan darurat dan tidak lagi dibenarkan didiami penduduk kerana berisiko tinggi terkena kesan langsung letusan Merapi.
Pemerintah memerlukan tanah seluas 92 hektar untuk menyediakan penempatan semula kira-kira 53,000 penduduk. Entah berapa lama lagi Merapi akan meletus dan apakah nasib penduduk yang selama ini mencari rezeki di lerengnya sama ada menternak lembu, aktiviti pertanian dan melombong pasir serta batu.
Mudah-mudahan di sebalik bencana itu Merapi juga melimpahkan rahmat. Kawasan berkenaan akan kembali subur dan sekali lagi menjadi sumber rezeki puluhan ribu penduduk.
Source: Mingguan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan