Sumber: Mingguan Malaysia Online
Oleh Ku Seman Ku Hussain
BARU-BARU ini wanita paling berkuasa di dunia, Hillary Clinton telah membuat lawatan kerja ke negara ini. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dalam pentadbiran Presiden Barack Obama itu membawa kesan positif dalam hubungan dua hala Malaysia - AS serta isu-isu dunia yang melibatkan Islam.
Walaupun gagal menjadi Presiden pada pilihan raya 2008, Hillary menjadi lebih besar daripada sebelumnya, Wanita Pertama yang sekadar menemani suaminya bekas Presiden AS, Bill Clinton. Apalah sangat yang boleh dilakukan atau wajar dilakukan oleh seorang Wanita Pertama berbanding Setiausaha Negara bagi negara berpengaruh seperti AS.
Selain Hillary, negara ini juga dikunjungi oleh Perdana Menteri Australia, Julia Gillard yang baru saja memegang tampuk kuasa negara itu. Gillard, wanita pertama yang dipilih menjadi Perdana Menteri Australia dilihat boleh menjadi faktor penting memperbaiki hubungan dua hala Malaysia - Australia yang lebih banyak keruh daripada jernihnya.
Australia antara negara yang sentiasa mencetuskan ketegangan terhadap hubungan dua hala dengan Malaysia. Perdana Menteri negara itu yang celupar dan tidak menghormati dasar-dasar negara lain membuatkan hubungan Australia - Malaysia kerap tegang. Maka kunjungan Gillard menjanjikan suatu yang lebih baik dalam hubungan dua hala Australia - Malaysia.
Sebenarnya tidak semua pemimpin-pemimpin luar yang melawat negara ini memberikan kesan dan isyarat tentang hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan. Ini kerana tidak semua pemimpin mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar untuk membentuk persepsi yang menyeluruh tentang kedudukan Malaysia di peta dunia.
Ada juga pemimpin yang ternama dan kaya raya yang membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Tetapi kerana pemimpin berkenaan tidak mempunyai suara di pentas dunia, kunjungannya tidak lebih “makan angin”. Pemimpin begini tidak memberikan banyak faedah kepada Malaysia daripada lawatan tersebut.
Malaysia sudah lama menjadi pemain penting lagi berpengaruh di forum-forum antarabangsa. Suara Malaysia diberi perhatian sekalipun tidak pernah melontarkan provokasi melampau tentang sesuatu perkara. Maka kehadiran pemimpin-pemimpin yang berpengaruh sudah pasti akan dilihat dalam konteks hubungan dua hala dan juga isu-isu antarabangsa yang lain.
Maka kunjungan Hillary ke sebuah negara Islam ketika fenomena Islamofobia melanda Barat dilihat sangat signifikan untuk menjelaskan kepada dunia tentang Islam yang sebenarnya. Hillary dari negara yang pernah diserang oleh pejuang Islam dalam tragedi 11 September 2001 datang melihat sendiri rukun damai kehidupan pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Hillary adalah wanita yang sangat berpengaruh lagi berkuasa, bukan saja di AS malah dunia. Kedudukan yang diberikan oleh Obama meletakkan Hillary setaraf dengan Colin Powell, bekas Setiausaha Negara AS yang menjadi arkitek perang Perang Teluk. Demikian kuasa dan pengaruh seorang Setiausaha Negara dan Hillary memegang kuasa itu.
Maka memahamkan Hillary tentang kestabilan politik dan agama di negara ini adalah memahamkan AS tentang Islamofobia yang membentuk satu persepsi buruk tentang Islam seluruhnya. Kerana itu lawatan wanita yang paling berkuasa di dunia ini sangat penting untuk menyakinkan dunia khususnya Barat tentang kejayaan Malaysia hidup aman damai sekalipun pelbagai agama dan kaum.
Ruang yang diberikan oleh Hillary sekalipun mempunyai jadual yang sangat ketat menghabiskan masa tiga hari di negara ini adalah keyakinan kepada kepimpinan negara sekarang ini. Selepas era gemilang bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kembali kedudukan Malaysia sebagai pemain penting di pentas dunia. Malah kunjungan Hillary juga sebagai mesej kukuhnya hubungan dua hala antara Malaysia – AS dalam bidang ekonomi dan politik antarabangsa.
Begitu juga dengan kunjungan Gillard yang menduduki tampuk kuasa selepas bekas Perdana Menteri, Kevin Rudd “diturunkan” dari takhta pada 24 Jun lalu. Gillard tentunya bukan saja wanita paling berkuasa di Australia yang berjaya melangsungkan kuasa Parti Buruh malah Perdana Menteri wanita pertama yang dilihat mahu hidup harmoni dengan negara-negara yang menjadi jiran Australia.
Sekiranya melakukan dengan kesungguhan, Gillard pasti berjaya menipiskan prejudis Australia kepada negara-negara Asia yang menjadi jirannya. Beberapa Perdana Menteri Australia sebelum ini memperlihatkan sikap anti Asia, mengeluarkan kenyataan dengan perasaan bukan fikiran hingga menyinggung negara jiran.
Dengan pengaruh yang dimiliki di negaranya, Gillard tentunya boleh memperkukuhkan hubungan dua hala, Malaysia - Australia. Malah yang paling penting dalam kunjungan itu ialah membincangkan kebanjiran perdagangan manusia yang melibatkan kedua-dua negara. Walaupun Gillard seorang ekonomis tetapi hubungan dua hala dengan Malaysia juga menyentuh soal keselamatan di rantau ini.
Selepas ini Australia mungkin akan menjadi lebih bertamadun dan menghormati jiran kalangan negara-negara Asia. Australia tidak perlu memusuhi Asia dan Gillard cuba menyampaikan ini dalam siri kunjungan ke negara-negara Asia Pasifik termasuk Malaysia.
Source: Mingguan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan