Oleh Syed Azwan Syed Ali, syedazwan@bharian.com.my
Tarikh siar: 2010/11/14
Awan panas gunung berapi paling aktif sentiasa cari mangsa baru
TUGAS wartawan di medan perang atau wilayah konflik mungkin risikonya kurang kerana sudah menjangka apa yang bakal berlaku. Tetapi berdepan gunung berapi bukannya tugas mudah, kerana apa saja boleh berlaku. Itulah pengalaman penulis apabila membuat liputan peristiwa meletusnya Gunung Merapi di Jawa Tengah, gunung berapi paling aktif di dunia berusia 400,000 tahun yang disifatkan pakar gunung berapi sebagai “amat sukar diramal”. Kalau di wilayah konflik, siren mungkin dibunyikan untuk memberi amaran berlakunya serangan musuh, tapi bagi wilayah dilanda bencana alam seperti letupan gunung berapi, gempa bumi atau tsunami, mungkin sudah terlewat ketika siren dibunyikan.
Gunung Merapi juga tidak pernah memberi amaran bila ia mahu meletuskan. Awan panasnya yang mencecah 600 darjah celsius dan debu lahar, menjadi mimpi ngeri kepada lebih 280,000 penduduk di daerah sekitar Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali.
Ia juga menjadi mimpi ngeri penulis dan tiga rakan setugas dari kumpulan akhbar The New Straits Times Press (NSTP) yang membuat liputan bencana alam itu selama lapan hari, minggu lalu, sebelum kami selamat kembali ke tanah air pada 4 November, iaitu sehari sebelum Merapi meletuskan awan panas setinggi 8,000 meter dan mengorbankan lebih 100 mangsa.
Sepanjang berada di Yogyakarta, penulis berkesempatan mengutip seribu pengalaman berharga sebagai wartawan antara lain menjejakkan kaki ke Desa Kinahrejo iaitu perkampungan yang musnah selepas Merapi meletuskan awan panas dan debu lahar buat pertama kali pada 26 Oktober lalu.
Letusan pertama itu mengorbankan 32 nyawa termasuk 15 mangsa yang ditemui dalam bentuk mengerikan dan tidak boleh dikenal pasti kerana “dipanggang” dek awan panas berhampiran rumah juru kunci Merapi, Mbah Maridjan, di kaki gunung berapi itu.
Turut ditemui ialah mayat Mbah Maridjan yang berbaju batik, memakai kain dan berkopiah dalam keadaan sujud mengadap kiblat.
Keterujaan penulis dan jurugambar, Effendy Abdul Rashid membuak-buak ketika kami berjaya ke Kinahrejo, terletak hanya 4 kilometer (km) dari Gunung Merapi sehinggakan kami terlupa nyawa kami pertaruhkan kerana naik ke kawasan itu yang diklasifikasikan sebagai kawasan rawan bencana (kawasan bahaya).
Kami melepasi sekatan pihak berkuasa dengan bantuan dua penduduk tempatan, Eko, 27, dan Bluri, 26, penduduk Desa Umbulharjo yang mengambil risiko membawa kami ke Kinahrejo dengan menaiki dua motosikal melewati kampung itu yang diselubungi debu lahar beracun.
Dalam perjalanan selama 10 minit dari Umbulharjo ke Kinahrejo, Eko sempat memberitahu penulis, bahawa dia sanggup membawa kami ke atas kerana ‘membutuhkan’ (memerlukan) wang untuk meneruskan hidup.
Apa yang dikatakan Eko adalah manifestasi manusia sanggup melakukan apa saja untuk meneruskan kelangsungan hidup sekali gus mengingatkan penulis betapa rakyat Malaysia amat bertuah berbanding rakyat republik itu yang berdepan ancaman bencana ekoran kedudukannya terletak di atas Lingkaran Api Pasifik.
Sepanjang perjalanan itu, kelihatan bangkai haiwan seperti lembu dan angsa yang mati bergelimpangan di kiri kanan jalan. Penulis rasa seperti masuk ke alam “hitam putih”, kerana setiap bangunan, rumah, bangsal dan surau diliputi debu lahar menjadikan suasana sayu dan tidak bermaya.
Situasi itu amat berbeza dengan video klip kawasan terbabit yang sebelum ini kehijauan dengan warga desanya gembira bercucuk tanam, membanting tulang memberi makanan kepada ternakan sapi perah (lembu susu) yang juga antara aktiviti ekonomi utama di perkampungan kaki gunung berapi itu selain melombong pasir dan bertani.
Penulis juga terpandang sebuah masjid, tempat beberapa warga desa termasuk dua beradik ditemui mati dalam keadaan berpelukan kerana tidak sempat lari, selepas Merapi mula meletuskan awan panas pertamanya, kira-kira jam 5 petang, 26 Oktober lalu.
Ketika berada di Kinahrejo, penulis dan jurugambar tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyak mungkin sambil memakai kain sapu tangan menutup hidung kerana bau belerang yang kuat, sebelum dihalau anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang melaungkan “turun-turun Merapi (kembali) aktif”.
Kira-kira tiga jam selepas turun dari Kinahrejo, kira-kira jam 1 tengahari pada 29 Oktober lalu, apa yang kami khuatir berlaku apabila Merapi meletuskan awan panas yang dapat dilihat sejauh 15 km dari gunung berapi itu, sekali gus menyebabkan kami bertambah syukur kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT.
Source: Berita Harian Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan