Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
JAKARTA: Gunung Merapi memuntahkan lebih banyak asap dan debu panas semalam selepas meletup sekali lagi, yang paling kuat dalam masa seminggu. Bagaimanapun, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.
Letupan baru itu berlaku ketika Indonesia terus bergelut dalam menghadapi bencana tsunami yang memusnahkan satu rangkaian pulau pedalamannya di Sumatera.
Bencana kembar yang melanda Indonesia hampir serentak menyebabkan kira-kira 500 orang terbunuh, sekali gus menguji kecekapan kerajaan dalam menangani kecemasan.
Dalam kedua-dua kejadian itu, tentera dikerah untuk membantu.
Gunung Merapi di Jawa Tengah, antara 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia, meragut 38 nyawa sejak mula meletup seminggu lalu
Hampir semua penduduk yang tinggal di lereng gunung berkenaan, yang dulunya subur tetapi kini dilitupi debu, sudah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara yang sesak.
Sebahagiannya menjerit dan menangis ketika diangkut oleh anggota tentera.
Sementara itu, kira-kira 1,300 kilometer ke barat, sebuah pesawat pengangkut C-130, enam helikopter dan empat bot mengangkut bantuan ke beberapa pulau yang terjejas teruk akibat tsunami minggu lalu, memusnahkan ratusan rumah, masjid dan gereja.
Angka kematian akibat ombak besar itu yang berpunca daripada gempa bumi berukuran 7.7 magnitud sudah mencecah 450 orang sementara mangsa yang hilang kini tidak sampai 100.
Kejadian letupan gunung berapi dan gempa bumi itu yang berlaku selang 24 jam menyebabkan timbul persoalan kemungkinan kedua-duanya mempunyai kaitan. Sehubungan itu, kerajaan Indonesia meningkatkan tahap berjaga-jaga terhadap 21 gunung berapi lain yang kebanyakannya menunjukkan peningkatan dalam aktiviti, bergegar dan mengeluarkan asap hitam tebal.
Source: Harian Metro Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 2 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan