TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 2 November 2010

Masjid Dato’ Panglima Kinta

By Idris Ismail Talu

Masjid Dato’ Panglima Kinta merupakan masjid yang pertama didirikan di bandar Ipoh ini. Menurut catatan yang tertulis di papan maklumat masjid tersebut, masjid ini dibina oleh Dato’ Panglima Kinta Mohamed Yusof pada tahun 1898, di tepi tebing Sungai Kinta yang mengalir melalui kawasan tengah bandar Ipoh. Sebagaimana yang kita sedia maklumi, pada masa dahulu, kebiasaannya kebanyakan penduduk menggunakan sungai dan telaga sebagai tempat untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.



Masjid ini didirikan di Jalan Masjid di Pekan Baru, Ipoh. Sungai Kinta menjadi sempadan antara Pekan Baru dan Pekan Lama, Ipoh. Mengikut ceritanya, masjid ini dahulunya merupakan Masjid Negeri untuk negeri Perak Darul Ridzuan, sebelum Masjid Sultan Idris Shah II didirikan berhampiran Dewan Bandaraya yang lama.

Pintu masuk utama ke dalam masjid.
Masjid Dato' Panglima Kinta ini mempunyai satu kubah besar.
dahulunya bewarna kuning emas.

Masjid ini mempunyai dua menara bewarna putih,
di samping kubah besar asalnya bewarna kuning.

Foto lama masjid.

Papan maklumat masjid.

Bangunan asal Sekolah Arab yang pertama di Ipoh,
yang diberi nama Madrasah Kamaliah - yang terletak di sebelah Timur masjid.


http://idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran