TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Khamis, 18 November 2010
Cabaran bersihkan semula Mekah
MINA 18 Nov.2010. - Musim haji semakin menghampiri penamat dan pihak berkuasa Arab Saudi di Mekah berdepan dengan tugasan berat iaitu membersihkan kota suci itu berikutan kehadiran berjuta-juta jemaah menjadikan jalan raya penuh dengan sampah sarap.
Musim haji adalah singkat namun sukar untuk melalui jalan raya di bandar perkhemahan di Mina tanpa memakai topeng muka kerana bau busuk yang kuat.
Islam mengajar kebersihan dengan penganutnya sejak kecil lagi dididik dengan hadis yang menyatakan kebersihan adalah sebahagian daripada iman.
Namun selepas jemaah lelaki menunaikan ibadah mencukur pada Selasa lalu, jalan raya Mina dan kawasan kejiranan sekitar Masjidilharam dipenuhi dengan rambut dan pisau cukur.
Ia merupakan angkara jemaah 'haram' yang tidak mempunyai permit dan memenuhi kawasan lembah itu.
Kira-kira 2.8 juta dianggarkan menunaikan rukun Islam kelima ini tahun ini, tambahan 800,000 orang lebih dari jangkaan berdasarkan jumlah permit yang dikeluarkan.
Jemaah haji yang tidak mempunyai tempat tinggal baik di khemah atau bilik hotel, duduk di kaki lima, bawah jambatan dan kawasan batu. Di lokasi yang mana polis tidak mempedulikan mereka, khemah turut dipasang di atas jalan raya.
Kebanyakan jemaah haram yang melanggar peraturan permit ini adalah warga asing yang menetap di Arab Saudi dan sebilangan kecil rakyat tempatan.
Sementara itu, petugas kutipan sampah bekerja tanpa henti dengan menarik tong jingga dan menyapu jalan raya serta menarik masuk kontena sampah ke dalam lori.
Situasi di Arafah adalah serupa dan begitu juga jalan raya di Masjidilharam yang dipenuhi sampah.
Source: Utusan Malaysia Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan