Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN, bobo@utusangroup.com.my
GENERASI kini mungkin hanya mengenali produk Panasonic sahaja berbanding mengetahui siapa yang mengasaskannya dan bagaimana ia menjadi produk konsumer paling popular di dunia termasuk di Malaysia.
Di negara ini, Panasonic memulakan perniagaan pada 29 Mac 1976 dan dikenali sebagai Matsushita Sales & Service Sdn. Bhd. (MASCO) sebelum akhirnya ia dikenali sebagai Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. pada 1 Oktober 2003.
Mungkin generasi lama mengenali pelbagai produk elektrik dengan jenama National dan Matsushita berbanding Panasonic yang semakin menjadi sebutan kini.
Jika kita amati, kebanyakan rumah yang ada di negara ini pasti mempunyai periuk memasak nasi atau seterika jenama National atau paling kurang pun kipas yang digunakan sejak dahulu lagi.
Malah ibu bapa kita pasti mahu mencari jenama National jika membeli perkakas elektrik ekoran ketahanan dan kemampuan peralatan itu semasa digunakan.
Itulah yang dikehendaki oleh pengasas Panasonic, Tan Sri Konosuke Matsushita sejak memulakan perniagaannya pada tahun 1917 di Osaka, Jepun.
Ketahanan dan juga apa yang diinginkan oleh pelanggan didahulukan.
Ketika Matsushita hanya berumur 22 tahun, dia mengambil keputusan untuk berhenti sebagai pengawas di Osaka Electric Light Company ketika itu walaupun menerima gaji yang tinggi.
Dengan berbekalkan 100 yen ketika itu, dia bersama-sama abang iparnya, Toshio (pengasas Sanyo Electric Co.) membuka perniagaan sendiri selepas mengingati nasihat ayahnya mengenai kelebihan menjadi usahawan.
Semuanya juga hanya disebabkan dia berjaya mencipta soket penyambung yang ketika itu pada fikirannya amat diperlukan oleh masyarakat untuk menggunakan bekalan elektrik.
Namun penjualan soket penyambung itu agak perlahan sehingga pada akhir tahun 1917, para pekerja Matsushita berhenti dan meninggalkan hanya beliau dan isterinya, Mumeno serta Toshio sahaja mengendalikan perniagaan itu.
Semangat
Apa pun, keadaan itu tidak mematahkan semangat Matsushita yang lahir pada 27 November 1894 di Wasamura, kerana beliau bernasib baik selepas mendapat satu pesanan pembelian membuat ribuan keping papan insulator untuk kipas elektrik.
Dengan kejayaan itu, ia membolehkan Matsushita menyewa ruang niaga yang lebih besar dan mengeluarkan lebih banyak soket penyambung inovatif berkenaan melalui syarikat yang diberi nama Matsushita Electric Housewares Manufacturing Works (dan seterusnya dikenali sebagai Panasonic Corporation).
Produk-produk yang dihasilkan Matsushita dijual dengan harga yang rendah namun mempunyai kualiti yang tinggi dan ini menyebabkan perniagaannya bertambah maju.
Di situlah permulaan pengembangan perniagaan Matsushita yang akhirnya melahirkan jenama National pada tahun 1927 sebagai salah satu strategi untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara.
Pada 5 Mei 1932 dia ada berkata: “Misi sebagai pengilang ialah untuk mengatasi kemiskinan dengan mengeluarkan pelbagai produk keperluan masyarakat dalam kuantiti yang banyak.
“Sebagai contoh air. Walaupun air boleh dikatakan sebagai satu produk, tidak ada sesiapa yang akan marah jika ada yang mengambil kesempatan meminum air melalui paip di tepi jalan.
“Ini disebabkan bekalan dari paip air tepi jalan amat banyak dan murah. Inilah cara untuk kita melupuskan kemiskinan dan membawa keceriaan kepada kehidupan manusia serta membuat dunia menjadi tempat yang lebih selesa untuk didiami,” katanya.
Tanpa menoleh ke belakang sejak dari itu, Matsushita meneruskan perniagaannya berbekalkan konsep pelanggan dahulu sebelum keuntungan membolehkan jenama Panasonic menjadi jenama No. 1 di dunia.
Beliau turut menerima bintang kebesaran Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri pada Februari 1979 atas usaha yang ditunjukkan dalam membantu pengindustrian Malaysia dengan pelbagai syarikat yang diperkenalkan di sini.
Falsafah Matsushita menjadi titik kejayaan perniagaan sehingga berkembang di serata dunia. Menariknya, idea mereka cipta pelbagai bentuk keperluan pengguna yang inovatif pada satu zaman agak kuno menjadikan beliau seorang industrialis yang ulung.
Malah, prinsip Matsushita diguna pakai oleh semua pengurusan Panasonic sehingga kini yang turut menyaksikan mereka berjaya bergabung semula dengan Sanyo tahun lepas dalam menjayakan hasrat menjadi Syarikat Inovasi Hijau No. 1 dunia menjelang ulang tahun ke-100 pada 2018.
Menyedari hakikat itu, Panasonic turut mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah muzium khas bagi mengenang Matsushita di Kadoma, Osaka, yang juga merupakan lokasi ibu pejabat utama gergasi elektronik itu pada tahun 1968 yang juga untuk meraikan ulang tahun ke-50 Panasonic.
Di muzium itu yang dibangunkan sama dengan reka bentuk ibu pejabat asal, pengunjung mampu merasai detik-detik bagaimana Panasonic wujud di dunia dengan pameran sebenar beberapa produk awal yang dicipta Matsushita.
Produk dari soket penyambung, basikal, mesin basuh, seterika, televisyen dan lain-lain produk sebenar jenama National sejak dikeluarkan pada tahun 1918 ada dipamerkan.
Bijaksana
Menariknya di Muzium Panasonic Konosuke Matsushita itu, pengunjung akan diberi peluang untuk menyaksikan video mengenai pembabitan awal Matsushita sehinggalah beliau meninggal dunia pada 27 April 1989, ketika berusia 94 tahun.
Paparan video itu bukan hanya sekadar menunjukkan penglibatan Matsushita semata-mata tetapi turut diselitkan dengan pelbagai kata-kata bijaksana dan panduan yang diguna pakai oleh Matsushita.
Muzium ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan Teater Hi-Vision dan Zon Pameran Utama.
Semua paparan video akan dimainkan di Teater Hi-Vision manakala di Zon Pameran Utama, pengunjung akan melalui empat fasa pameran.
Fasa pertama akan menyaksikan pameran mengenai aspirasi Matsushita selain model kasar rumah di mana perniagaan Matsushita bermula.
Selepas itu, pengunjung akan dibawa ke fasa ke-2 di mana penerangan mengenai misi Matsushita di ketengahkan manakala di fasa ke-3 pula akan menyaksikan penguasaan produk Panasonic ke seluruh dunia.
Akhirnya di fasa ke-4, pengunjung akan dipaparkan mengenai impian Matsushita untuk semua produk yang direka bentuk selain pameran produk utama.
Ingin melawat muzium itu, lawat laman web mereka di http://panasonic.net/history/museum
Source: Mingguan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan