Idris Talu
Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu. Kenapa? Mungkin kerana ikan ini berdaging agak keras yang disinonimkan dengan kayu. Di Pantai Barat, ikan tongkol menjadi bahan penting dalam masakan “asam pedas” atau “masak kicap” baik cara Johor, Selangor, atau pun Perak.
Di sebelah Pantai Timur Semenanjung pula, ramai yang menggelarnya sebagai “Ikan Aya” bukan “Ikan Saya.” Di Pantai Timur, ikan aya kerap dimasak gulai istimewa untuk disesuaikan dengan “nasi dagang” atau “nasi berlauk” – dua jenis makanan kegemaran penduduk di sana.
Di Minangkabau, ikan tongkol dikenali sebagai “Ikan Abu-Abu” mungkin kerana warnanya agak kelabu atau abu-abu. Di Bukit Tinggi, Sumbar, penulis pernah makan gulai pekat ikan abu-abu yang disebut “pangek.”
Sedikit perbezaan antara ikan tongkol dengan ikan-ikan yang lain, ialah warna dagingnya. Kebanyakan ikan berdaging putih, tetapi ikan tongkol berdaging warna merah muda, atau bewarna merah tua.
Ikan Tongkol yang siap dipotong, sumber google images.
Ikan tongkol @ ikan tuna ini menjadi kegemaran rakyat Jepun. Nelayan Jepun merayau ke serata lautan di dunia ini untuk menangkap ikat tongkol untuk memenuhi keperluan rakyat Jepun dan untuk tujuan eksport. Ikan tongkol adalah dari keluarga Scombride.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan