TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 26 April 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Jambatan Raja Permaisuri Bainun.


إدريس اسماعیل  تالو
Idris Ismail Talu




Maklumat Jambatan Raja Permaisuri Bainun.:

Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang merentangi sungai di Malaysia ketika ini. Panjang keseluruhan jambatan ialah 1246m dengan 930m rentangnya adalah di atas sungai. Jambatan ini memuatkan dua lorong jalan selebar 3.5m serta bahu jalan berturap selebar 2.5m.

Kerja-kerja pembinaan projek ini dimulakan pada 19 Ogos 1997. Skop projek merangkumi pembinaan jalan dari Bandar Seri Manjung ke kilometer 5 Jalan Damar Laut-Pantai Remis sepanjang 12.8 km dan pembinaan tiga buah jambatan merentangi Sungai Dinding (1,246m), Sungai Tebok Raja Semalon (248m) dan Sungai Sitiawan (653m).

Terdapat tiga belas gerbang merentangi sungai dengan panjang setiap rentang dari 45m hingga 90m. Tiang-tiang didirikan di atas gerbang dan dek jambatan direntangkan di atas tiang ini, menjadikannya struktur jambatan yang dapat memenuhi fungsi teknikal dan astetik. Struktur jambatan juga direkabentuk untuk mampu bertahan impak dari kapal seberat 5000 DWT dengan kelajuan 5.0 knot.

Pembinaan gerbang dilaksanakan dengan kaedah 'balanced cantilever' yang disokong dengan kabel ke menara keluli sementara setinggi 36.0m dipasang di atas kepala cerucuk. Dengan menggunakan "travelling forms' setiap segmen gerbang sepanjang 4.5m dibentuk sehingga menjadi satu gerbang yang sempurna. Keseluruhan jambatan adalah daripada konkrit bertetulang dengan dek jambatan daripada komposit konkrit dan seksyen keluli.

Sesuai dengan keunikan dan keunggulan jambatan ini DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan menamakan jambatan ini sebagai JAMBATAN RAJA PERMAISURI BAINUN dan telah dirasmikan pada hari Isnin, 30 April 2001 bersamaan 6 Safar 1422 Hijrah sempena dengan perayaan ulang tahun baginda yang ke 73. Di bawah jambatan ini terdapat kawasan yang kini telah diaktifkan sebagai tempat bermain kereta kawalan jauh dan juga tempat bersantai.



Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran