إدريس
تالو
Idris Talu
Medinilla beamanii di Taman Botanikal Gunung Kinabalu, Sabah.
Medinilla beamanii ini merupakan tumbuhan asli pulau Borneo (yang
termasuk di dalamnya Sarawak dan Sabah).
Semasa melihat tumbuhan
ini kali pertama dahulu di Taman Penyelidikan MARDI Cameron Highlands, saya
menyangka ianya tumbuhan import dari luar negara. Tidak menyangka ianya
merupakan tumbuhan asli dari negara sendiri.
Semasa melakukan lawatan ke Sabah tidak lama dahulu, di
sepanjang jalan di kawasan Ranau, Kundasang serta di Taman Botanikal Gunung
Kinabalu, saya lihat tumbuhan medinilla ini
tumbuh subur secara semulajadi – di tepi jalan, di dalam semak dan di tepi
sungai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan