PUTRAJAYA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900
sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan
pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.
Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi
semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali
perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah
istimewa kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja
esok, kata Najib, pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh
perintah gaji minimum diwartakan. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan