TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 23 April 2012

Chalet Unik Haji Kamal Zaman Di Teluk Senangin


إدريس اسماعیل  تالو
Idris Talu

 Tuan Haji Kamal Zaman
Usahawan Teluk Senangin yang gigih

Tuan Haji Kamal Zaman melayani penulis berbual semasa penulis bermalam di chalet unik miliknya di Kampung Teluk Senangin, Segari, baru-baru ini. Walau baru bersua, beliau cepat mesra dan sudi berkongsi pengalamannya meneroka kehidupan baru di desa yang sunyi, tenang dan damai serta memiliki keindahan pantai dan suasana desa yang cukup menyenangkan.


 Ketekunan beliau mengusahakan chaletnya di tanah yang asalnya agak becak sehingga menjadi suatu kelompok chalet yang menarik dan bersih, cukup membanggakan. Kini, tanah yang becak berair itu telah diatasi dan dibaikpulih secara semulajadi dengan penanaman flora yang bersesuaian untuk menyerap air yang berlebihan dan memantapkan tanah.

Haji Kamal Zaman juga menanam beberapa jenis herba yang sesuai untuk dijadikan ulaman seperti cemperai (Champereia griffihii), bebuas (Premna Spp ) , gajus (Anacardium occidentale), dan sebagainya di antara chalet-chaletnya.

 Pintu masuk ke chalet milik Tuan Haji Kamal

 Di samping pokok semulajadi di tepi laut iaitu kelapa, Tuan Haji Kamal Zaman juga menanam pokok asam jawa, pokok cermai, buluh, ara, pokok beruas (Garcinia hombroniana) serta pokok akasia sebagai redupan di antara chalet – chalet beliau.



Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran