Sumber: Harian Metro Malaysia Online
Tarikh: 15 Oktober 2010.
GANJARAN lumayan menanti atlet gimnastik berirama, Elaine Koon selepas memenangi empat pingat, satu emas, satu perak dan tiga pingat gangsa di Stadium Indira Gandhi, semalam.
Elaine, 16, memenangi pingat emas acara gelung, perak untuk bola dan dua gangsa melalui tali dan riben. Kelmarin, Elaine memenangi pingat gangsa keseluruhan individu untuk pingat pertamanya di Sukan Komanwel New Delhi.
Kejayaan itu menjadikan dirinya sebagai atlet negara yang bakal menerima imbuhan wang tunai tertinggi di New Delhi.
Keseluruhan Elaine bakal menerima RM180,000, mengatasi jumlah diterima jaguh beregu badminton, Koo Kien Keat, RM88,000 dan atlet terjun, Pandelela Riong yang bakal menerima RM100,000.
Yang pasti, pencapaian Elaine memenangi pingat emas satu lagi sejarah baru dicipta atlet negara di temasya New Delhi.
Elaine turut tidak percaya dengan kejayaannya itu kerana dia hanya mensasarkan untuk mengutip pingat dan tidak pernah membayangkan akan dikalungkan pingat emas.
“Hakikatnya, saya terkejut memenangi pingat emas acara gelung kerana riben dan bola menjadi acara kegemaran sebelum ini.
Apapun, saya gembira kerana sekurang-kurangnya berjaya pulang dengan satu pingat emas,” katanya.
Anak gadis berasal dari Kajang, Selangor itu turut terkilan apabila kesilapan dalam acara bola menyebabkan dia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
“Saya mungkin berpeluang memenangi pingat emas jika tidak melakukan kesilapan itu tapi tidak bernasib baik. Saya tetap puas hati kerana berjaya menaiki podium,” kata pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu.
Kejayaan ini mungkin disumbang latihan persiapan tiga minggu di St Petersburg dan juga penyertaan Kejohanan Siri Dunia Moscow.
“Keyakinan saya meningkat dan percaya mampu memenangi pingat di temasya ini. Kini, saya harap mampu mengulangi pencapaian sama di Sukan Asia Guangzhou bulan depan,” katanya lagi.
Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ElaineraihRM180_000/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan