Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/10/03
Susunan Ruhaiza Rusmin, ruhaizarusmin@hmetro.com.my
KETIKA masyarakat dunia berlumba-lumba membangunkan institusi pendidikan ke arah kecemerlangan, institusi negara maju pula dilihat sudah selesa dan sering menjadi pilihan ramai.
Bertaraf global, mempunyai barisan pensyarah terkenal dan berpengalaman serta sukatan pelajaran terkini antara kelebihan institusi berkenaan.
Kelebihan ini menarik perhatian sesiapa saja untuk melanjutkan pengajian meskipun yuran pengajian dikenakan cukup mahal.
Bagaimanapun, di sebalik keghairahan masyarakat memilih institusi berkenaan, timbul pertikaian di kalangan pakar pendidikan.
Adakah berbaloi pelaburan dibuat sedangkan kualiti pendidikan serupa masih boleh diperoleh di institusi lain dengan kadar perbelanjaan lebih murah, sekali gus mencetuskan konflik, adakah pelaburan itu sekadar menjaga prestij atau institusi berkenaan mengambil kesempatan atas permintaan tinggi masyarakat dunia?
Pensyarah Kanan Pendidikan dan Polisi Am di Fakulti Pendidikan Harvard Kennedy, Ronald Ferguson berkata, ketaksuban masyarakat terhadap jenama dan nama kebanyakan institusi terkenal dunia memainkan peranan penting.
Inin menyebabkan mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan meskipun penawaran program serta modul serupa di institusi negara lain.
Menurutnya, meskipun ada pihak melihat senario itu seperti memanipulasikan masyarakat, namun institusi pendidikan bukan medium mengaut keuntungan peribadi, sebaliknya dilaburkan bagi tujuan pengembangan ilmu.
“Persepsi masyarakat sukar diduga dan suka mempolitikkan apa saja isu tanpa menilai lebih dalam. Menyamakan institusi sebagai medium mencari keuntungan adalah tuduhan sukar diterima.
“Pendidikan adalah fenomena bertaraf global, tidak terhad hanya pada segelintir individu namun merentasi segala aspek. Mempertikaikan institusi atas dasar nama dan jenama tindakan kurang bijak seolah-olah memperlekehkan kewibawaan dan peranan penting institusi terbabit.
“Soal jenama atau nama adalah universal, pilihan sebenar terletak pada individu. Institusi berhak meletakkan syarat dikehendaki bersesuaian dengan pencapaian dan pengalaman dibina, jangan persoalkan,” katanya.
Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand dikenal pasti antara negara pilihan masyarakat dunia dengan senarai panjang universiti terkenal dan berprestij seperti Harvard University, University of California-Los Angeles (UCLA) dan Yale University, Oxford dan Cambridge University serta University of Auckland, University of Canterbury, Christchurch dan University of Otago.
Berdasarkan kaji selidik, pemilihan institusi terkenal turut didasari faktor pengalaman kehidupan, permintaan, persaingan pendidikan bertaraf dunia yang memberi kelebihan terhadap permintaan kerjaya dan masa depan.
Ferguson berkata, institusi tidak boleh dipersalahkan kerana matlamatnya menyumbang ilmu kepada masyarakat secara global, selain meningkatkan pengembangan ilmu selaras permintaan dunia pendidikan terkini.
“Setiap institusi sudah tentu mempunyai matlamat tertentu, tidak salah jika sentiasa bersaing bagi mengekalkan kecemerlangan dan pencapaian. Sudah tentu apa yang ditawarkan berpadanan dengan kepakaran sedia ada.
“Provokasi dilakukan tidak bermakna institusi berkompromi soal remeh, bersesuaian taraf dan jenama, pastinya pemilihan ketat dilakukan bagi mengekalkan mutu serta pencapaian sedia ada. Bagi tidak berkelayakan, ada institusi lain.
“Jangan buat tuduhan institusi terkenal ini mengambil kesempatan atau memanipulasi senario tertentu berdasarkan spekulasi. Itu pasti berlaku dalam industri pendidikan,” katanya menegaskan pendidikan adalah budaya standard harus diperoleh semua.
“Biarpun standard budaya dan ekonomi menyumbang ketidaksamaan antara universiti seluruh dunia, namun tetap jadi penyumbang kajian dan latihan tahap tinggi. Justeru, tidak logik membidas universiti mengambil kesempatan hanya berdasarkan spekulasi semata-mata,” katanya.
Bagaimanapun, Profesor J Mandara dari Northwestern University menganggap universiti terkenal bagaikan ‘menguasai’ permintaan institusi menyebabkan masyarakat sukar melihat kelebihan lain.
Katanya, dengan menggunakan kekuatan jenama, nama dan kepakaran, institusi terkenal bagaikan menutup keinginan masyarakat terhadap institusi lain, selain mengambil kesempatan.
“Isunya bukan ‘merampas’ tapi seperti menutup peluang institusi lain. Masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana mereka memang mahukan yang terbaik.
“Cuma tindakan institusi terkenal ada kalanya keterlaluan dalam mempromosikan diri sendiri menyebabkan institusi lain terkebelakang. Sudah tentu yang terbaik dan ternama bakal menjadi pilihan.
“Sedangkan institusi lain terpaksa menerima hanya kerana nama kurang popular meskipun berkemampuan dan mempunyai potensi yang baik,” katanya.
Ferguson membidas kenyataan itu dengan menyifatkannya tidak berasas dan dilakukan dengan tujuan memburukkan nama institusi berkenaan.
“Sudah tentu semua universiti ingin mempromosikan kemampuan dan keistimewaan sendiri, tapi bukan bermakna melakukannya atas dasar keuntungan, mencari populariti atau menutup institusi lain.
“Tuduhan itu tidak berasas, malah sangat melucukan. Tiada kepentingan mendesak institusi melakukannya malah ditekankan, pilihan institusi adalah pilihan sendiri.
“Terpulang kepada masyarakat menilainya. Yang pasti, institusi terkenal bersikap pemilih untuk menjaga kualiti serta pencapaiannya. Tiada agenda lain,” katanya.
Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelaburanjagaprestij/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 3 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan