Sumber: Utusan Malaysia Online
Oleh ALI MAHMOOD, utusanpahang@utusan.com.my
BERA 17 Okt. - Malaysia bakal menjadi hab membeli-belah di rantau Asia berikutan keputusan kerajaan mengurangkan duti import seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011, Jumaat lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengurangan duti import antara lima hingga 30 peratus itu akan menjadikan Malaysia hab membeli-belah yang mampu menarik lebih ramai kehadiran pelancong asing ke negara ini.
Menurutnya, walaupun kerajaan kehilangan cukai ke atas 300 jenis barangan popular tetapi ia membawa keuntungan tidak langsung kepada rakyat terutama mereka yang terbabit dalam perniagaan dan peruncitan.
"Ini akan memberi manfaat kepada pelancong asing dam rakyat kerana dapat membeli barangan dengan harga import lebih murah serta berkualiti.
"Saya harap orang ramai membeli barangan atau produk tempatan kerana harganya lebih murah manakala kualitinya adalah hampir sama dengan produk yang diimport," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan van jenazah sumbangan daripada Bank Rakyat kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Guai dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Bank Rakyat Cawangan Bera, Khairul Anuar Shahrudin.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu, 2,014 kedai runcit lama di seluruh negara yang suram dan tidak teratur akan bertukar wajah menjadi kedai berkonsepkan pasar mini atau kedai serbaneka.
Katanya, kementerian akan membantu peniaga terbabit membaiki dan menaik taraf kedai runcit berkenaan menerusi bantuan RM37 juta yang diumumkan dalam Bajet 2011.
"Sebanyak 100 kedai runcit akan melalui proses pengubahsuaian pertama dan diikuti kedai runcit lain yang berjumlah 2,014 kedai," jelasnya.
Sementara itu Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat telah memperuntukan RM5 juta bagi membeli 40 van jenazah untuk disumbangkan kepada masjid di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Bagi Parlimen Bera, jelasnya, empat buah van jenazah disumbangkan Bank Rakyat iaitu kepada jawatankuasa Masjid Kampung Guai, Masjid Kampung Kuala Triang, Masjid Kampung Tembangau 3 dan surau Felda Kumai di sini.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 19 Oktober 2010. KUCHING 18 Okt. - Seorang budak perempuan disahkan terkorban, dua lagi hilang ...
-
إدريس تالو Idris Talu Buah rokam - flacourtia inermis yang masih muda . Rokam - flacourtia inermis Nama Saintifikn...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
Oleh Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Tarikh siar -2010/12/24 PROFESOR dalam bahasa Latin bermaksud seseorang yang menguasai sesuatu ilmu sama ad...
-
23/01/2011 7:12pm KUALA LUMPUR 23 Jan. - Perseorangan badminton No 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya menjuarai kejohanan Terbuka Proton M...
-
ARKIB : 09/02/2012 Ditulis oleh - Oleh HASHIM P. MAMAT utusanutara@utusan.com.my KUALA KANGSAR 8 Feb. Sungguhpun pepa...
-
Tempat Berehat Tumpuan Pelancong By Idris Talu Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan