Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tarikh siar: 06 Oktober 2010.
IPOH 5 Okt. - Orang Melayu perlu mengambil perhatian serius terhadap peringatan raja-raja Melayu tentang nasib mereka sekiranya kedudukan dan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan hilang.
Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang Melayu bersatu bagi mempertahankan kuasa mereka yang kini semakin terancam.
''Itu suara hati raja-raja Melayu yang memang menjadi payung kepada rakyat dan khususnya orang Melayu.
''Justeru, orang Melayu harus beringat tentang apa sahaja titah ramai raja Melayu seperti Sultan Johor, Sultan Perak, Raja Muda Perak dan Sultan Selangor yang menitahkan mengenai pentingnya orang Melayu pertahankan kedudukan mereka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
''Peringatan terhadap orang Melayu tentang bahaya dan ancaman pada kuasa yang dimiliki dan sebagainya harus diambil sebagai satu perhatian yang agak berat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Termuzi Abdul Aziz.
Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan.
Ketika bertitah merasmikan Seminar Perlembagaan Malaysia Peringkat Negeri Johor di Persada, Johor Bahru itu, baginda menyifatkan golongan tersebut sebagai 'cetek akal' dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, kebimbangan tentang nasib dan masa depan orang Melayu akibat berpecah-belah di negara ini pernah diutarakan oleh raja-raja Melayu yang lain seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dalam ucapan-ucapan baginda.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu. Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas. Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan