TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 17 Oktober 2010

Persediaan Tabung Haji di Makkah, Madinah lancar


Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
Tarikh: 17 Oktober 2010.


MAKKAH: Operasi dan persiapan Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah dan Madinah berjalan lancar hasil kerjasama baik agensi penguatkuasa Arab Saudi, Muassasah bagi Asia Tenggara dan Mutawif.


Ketua Rombongan Haji, Mohd Salleh Abdul Mubin, berkata kelancaran itu dirasai sejak pendaratan penerbangan pertama, KT1 pada 9 Oktober lalu, membolehkan pergerakan jemaah memasuki Kota Makkah mengikut jadual.



Katanya, jaringan kerjasama antara Muassasah, Mutawif dan TH menjanjikan perkhidmatan terbaik akan dinikmati jemaah Malaysia termasuk yang datang secara pakej akan dipastikan mendapat bilik secukupnya.


Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan musim haji 1431 Hijrah di sini hari ini, beliau berkata perkhidmatan Mutawif turut diberikan di maktab bagi membantu membimbing jemaah haji Malaysia.

Malam tadi satu majlis takruf (kenal-mengenali) antara petugas TH dan anggota utama Mutawif, amalan tradisi kedua-dua pihak berlangsung di ibu pejabat Mutawif berkenaan.


Ketua Muassasah Asia Tenggara, Sheikh Zuhir Abdul Hamid Sedayu, dan timbalannya, Mohammad Abdullah Saqqa, dan penyelia kepada Majlis Jemaah Haji Malaysia, Samir Mohd Ali Andarqiri, adalah antara yang hadir.


Pegawai kanan TH pula diketuai Mohd Salleh, timbalannya Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan penyelia maktab. – BERNAMA

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersediaanTabungHajidiMakkah_Madinahlancar/Article

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran