Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tarikh siar: 02 Oktober 2010.
PENGHIJRAHAN rakyat Malaysia ke luar negara bukanlah perkara baru. Kita biasa mendengar kisah kejayaan anak tempatan yang menjadi perantau ini.
Dalam dunia fesyen misalnya, Datuk Jimmy Choo menempa nama besar sebagai pereka kasut bukan di Malaysia tetapi di luar negara.
Datuk Michelle Yeoh juga terpilih menjadi Gadis Bond kerana resume panjangnya sebagai pelakon terkenal Hong Kong.
Dari dulu, bukan rahsia apabila orang Cina dikatakan paling ramai berhijrah ke Australia dan Kanada.
Namun pada masa itu, ia lebih kepada tindakan perseorangan untuk merantau menuntut ilmu atau cuba melebarkan sayap di tanah lain yang lebih hijau.
Justeru pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Eksekutif Maybank Investment Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz baru-baru ini, bahawa penghijrahan itu melibatkan hampir sejuta bakat tempatan dengan separuh daripadanya profesional, cukup mengejutkan.
Dilaporkan 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh setahun setengah sejak Januari 2008 berbanding tak sampai separuh daripadanya pada tahun sebelum itu.
Jika dakwaan itu benar, ia perlu diberi perhatian serius. Langkah-langkah sewajarnya juga perlu diambil untuk menangani dan mengatasi fenomena tersebut.
Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara ini jika golongan profesional khususnya doktor, berbondong-bondong berhijrah.
Siapa yang akan mengisi jawatan itu di hospital-hospital kita?
Lompong yang ditinggalkan hampir setengah juta tenaga profesional itu jika tidak diisi sudah pasti akan menjejaskan sektor tertentu yang sekali gus membantutkan rancangan pembangunan negara.
Tidak mungkin kita hendak mengharapkan tenaga asing mengisi jawatan-jawatan profesional yang ditinggalkan.
Justeru, strategi kerajaan menubuhkan Talent Corporation di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk menarik minat anak rantau berkemahiran tinggi kembali ke tanah air selain mengelakkan golongan profesional baru berhijrah ke luar negara, memang dialu-alukan.
Bagaimanapun Talent Corporation perlu mempunyai mekanisme yang jelas dalam melaksanakan tindakan-tindakannya.
Sesuatu yang wajib dipastikan adalah dengan 'mengikat' pelajar tajaan di universiti terkemuka dalam dan luar negara untuk berkhidmat dengan kerajaan mahupun sektor swasta di Malaysia selepas menamatkan pengajian mereka.
Difahamkan ramai penuntut Malaysia yang cemerlang di luar negara siang-siang lagi sudah 'disambar' oleh syarikat-syarikat konglomerat di negara tempat mereka belajar sebelum menamatkan pengajian lagi.
Di Korea Selatan dan Jepun sahaja di mana ramai pelajar kita dihantar mengikuti jurusan kejuruteraan, hampir separuh daripada mereka yang sepatutnya pulang ke tanah air selepas berjaya menggenggam segulung ijazah, tidak berbuat demikian.
Selain alasan menimba pengalaman, faktor gaji juga dijadikan asas untuk mereka 'menangguhkan' kepulangan ke Malaysia.
Gaji asas yang ditawarkan mungkin tidak jauh bezanya dengan di dalam negara dari segi angka. Namun nilai tukaran mata wang yang nisbahnya di antara dua hingga tiga kali ganda, boleh mengelabui keputusan mereka.
Apatah lagi dengan glamor bekerja di negara asing.
Jika mereka pulang sejurus habis belajar misalnya dalam jurusan kejuruteraan, mereka hanya akan dilayan sebagai jurutera biasa. Sebaliknya jika pulang dengan pengalaman bekerja di syarikat luar negara, tentulah resume mereka akan lebih berharga!
Dalam hal ini, kita memahami tarikan-tarikan yang ada di luar sana.
Justeru perlu ada strategi bijak untuk memastikan kumpulan profesional ini pulang menyumbang bakti di tanah tumpah darah mereka.
Jika faktor gaji yang menjadi puncanya, tidak boleh tidak, sesuatu perlu dilakukan agar struktur gaji kita juga menarik dan setanding dengan ditawarkan di negara lain.
Pada masa yang sama, insentif lain juga perlu ada sebagai tarikan termasuk peluang-peluang untuk mengembangkan kerjaya.
Perasaan bangga bekerja di dalam negara hanya akan wujud jika mereka merasakan jawatan yang dipegang itu setaraf dan bukannya lebih lekeh daripada rakan-rakan sejawat di luar negara.
Jika isu itu ditangani, barulah matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi benar-benar terlaksana.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan