Wartawan
Sinar Harian - 27 Julai 2012
IPOH – Peniaga pasar malam Station 18 yang membuat bantahan
baru-baru ini dinasihatkan untuk berpindah ke tempat baru yang disediakan
kepada mereka untuk berniaga.
Penolong Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh
(MBI), Soo Mee Sheng berkata, peniaga perlu memberikan kerjasama untuk
berpindah memandangkan kawasan itu adalah jalan utama bagi peniaga dan pengguna
dari Aeon.
Menurutnya, sebelum ini tidak timbul isu berkenaan kerana
kawasan itu tidak membangun seperti sekarang yang menjadi tumpuan orang ramai
untuk membeli belah dan beriadah bersama keluarga.
“Lokasi sedia ada pasar malam itu sesak dan pihak MBI turut
menerima aduan daripada peniaga-peniaga kawasan sekitar selain pengguna jalan
raya serta penduduk setempat.
“Pemindahan akan diteruskan selepas hari raya nanti. Semua
tindakan ini dilakukan agar tidak berlaku sebarang perkara yang diingini,”
katanya.
Sinar Harian pernah melaporkan lebih 50 peniaga pasar malam
di Jalan Pengkalan Barat 35, Station membantah tindakan MBI memindahkan mereka
ke lokasi baru yang didakwa tidak menguntungkan.
Sumber: Sinar Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan