ARKIB : 26/07/2012
AirAsia
KUALA LUMPUR 26 Julai - AirAsia dan unit Indonesianya,
AirAsia Indonesia, telah membeli Batavia Air, dalam satu langkah yang akan
meningkatkan kehadiran dan jaringan syarikat penerbangan tambang murah itu
dalam satu urus niaga tunai bernilai AS$80 juta atau RM253 juta.
Ketua AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pembelian
Batavia Air akan melengkapi jaringan antarabangsa AirAsia, yang semakin meluas.
"Ia sesuatu yang amat sesuai kerana Batavia kukuh di
dalam negara dan kami kukuh di peringkat antarabangsa. Ia adalah mimpi yang
menjadi kenyataan buat saya." kata Fernandes dalam catatan terbaharunya di
dalam laman sosial, Facebook.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu,
AirAsia berkata anak syarikat milik penuhnya, AirAsia Investment Ltd, telah
menandatangani perjanjian dengan rakan kongsinya PT Fersindo Nusaperkasa, untuk
membeli PT Metro Batavia, yang menggendalikan Batavia Air dan Aero Flyer
Institute (AFI), sebuah sekolah latihan penerbangan.
Perjanjian tiga pihak itu telah ditandatangani di Jakarta
hari ini antara AAB, Fersindo dan Metro Batavia. – BERNAMA
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan