إدريس تالو
Idris Talu
Hari ini, Selasa 10 Julai 2012, penulis dan isteri "meronda" ke Pasar Awam Gopeng.
Anak-anak muda Gopeng menyebut nama pekan kecil ini sebagai "Gopenhagen" seakan-akan Copenhagen di Eropah sana. "Lu sukak," kata orang muda sekarang yang bermaksud "suka hati kamulah!"
Anak-anak muda Gopeng menyebut nama pekan kecil ini sebagai "Gopenhagen" seakan-akan Copenhagen di Eropah sana. "Lu sukak," kata orang muda sekarang yang bermaksud "suka hati kamulah!"
Pasar Gopenhagen ceria di awal pagi.
Para pembeli agak ramai juga,
mencari barang-barang keperluan mereka.
Raja buah mulai keluar, tetapi tidak semewah musim yang lepas.
Peraih tidak menjual durian, cuma tayang saja kepada orang ramai yang lalu lalang di pasar tersebut.
Bila ditanya, peraih menyatakan sudah ada yang yang membuat pesanan (booking), sekejap lagi akan datang mengambilnya.
Bila ditanya, peraih menyatakan sudah ada yang yang membuat pesanan (booking), sekejap lagi akan datang mengambilnya.
Buah longan pun ada, tidak pasti yang tempatan atau diimport dari Thailand.
Potai pun ado! Majoriti Melayu di Gopenhagen ialah orang Rawa.
Tuan Haji Shaari Ali dan Tuan Haji Ridzuan jangan marah, saya tak sempat singgah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan