TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 23 Julai 2012

Konsortium sedia labur RM6.3 billion di Malaysia


ARKIB : 21/07/2012
 Foto - Utusan.

LONDON 20 Julai - Konsortium Eurofighter, diterajui oleh BAE Systems bersedia untuk melabur RM6.3 bilion dalam program offset yang direka khas untuk Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengurus Kanan Perkongsian dan Perimbangan BAE Systems, Mike Perret berkata, kumpulan itu secara keseluruhannya telah melabur sebanyak RM3.5 bilion sepanjang lima tahun ini di Malaysia.

“Kami berbincang dengan rakan kongsi Eropah yang terlibat dengan Eurofighter Typhoon dan ia adalah tahap pelaburan yang mereka telah dan sedia laksanakan.

 “Bersama-sama dengan rakan kongsi Eropah, kami akan melihat untuk memberikan nilai yang cemerlang - bukan hanya rakan kongsi pengilangan asli, tetapi juga rangkaian bekalan hingga ke perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," kata Perret kepada Bernama di fasiliti BAE Systems di Warton, yang terletak kira-kira 400 kilometer dari sini.


Beliau berkata, kumpulan itu sedang meninjau projek offset jangka panjang dengan teknologi asli di peringkat negara dan serantau.

“Sehubungan itu, ia akan memberi akses kepada syarikat Malaysia untuk bergerak ke arah pasaran global," katanya.

Perret berkata, Malaysia telah bergerak ke arah hubungan industri yang berbeza, terutamanya dalam keperluan offset.

“Pertumbuhan yang dimahukan oleh Malaysia sekarang adalah dari segi pertumbuhan per kapita, yang mungkin akan terhasil daripada pemindahan kebolehan dan teknologi," katanya.

Perret berkata, BAE Systems bersedia untuk berkongsi hak intelek yang dibangunkan dengan syarikat-syarikat yang boleh menggunakan teknologi dalam pelbagai bidang, selain teknologi dan pertahanan.

Kumpulan itu juga meninjau peluang untuk membekalkan teknologi yang bukan hanya diperlukan oleh Malaysia tetapi juga membuatkan negara itu pusat tumpuan untuk pengembangan di wilayah ASEAN.

Berhubung perkara ini, BAE Systems merancang untuk memindahkan teknologi hibrid untuk kenderaan seperti bas, trak dan kenderaan tentera di Malaysia untuk pasaran ASEAN. – BERNAMA

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran