Hasnae
Khoulali
Hasnae Khoulali, berusia 19 tahun, peserta dari negara
Maghribi yang telah memperdengarkan bacaan dari Surah al-Israk telah dipilih
sebagai Johan Qariah Tilawah al -Quran peringkat antarabangsa kali ke-54.
Tilawah tersebut bermula 6 Julai lepas dan berlangsung selama lapan hari di
PWTC Kuala Lumpur.
Hasnae Khoulali dipilih sebagai johan berbanding qariah
Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa (naib johan) dan qariah Malaysia, Che Aminah
Che Awang (tempat ketiga) melalui cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara.
Sebagai pemenang tempat pertama kategori qariah (wanita) Hasnae Khoulali membawa pulang
hadiah wang tunai RM40,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
Majlis tilawah al-Quran kali ke-54 ini bertemakan 'Al-Quran : Pemacu Transformasi Ummah
Wasatiyyah'. Seramai 71 peserta mewakili 44 buah negara melibatkan 44 qari dan
27 qariah memperdengarkan bacaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan