Rabu , 11 Julai 2012, 21 Syaaban 1433 H
10:06:14 AM Oleh
Hafizah Iszahanid
Musibah Gempa Padang. Foto ihsan Dato' Dr. Kemala.
Niat Dr Kemala seberang sempadan negara dipersoal Darman
Moenir
PENUBUHAN organisasi penulis merentas Kepulauan Nusantara,
Nusantara Melayu Raya (NUMERA) yang dirintis Sasterawan Negara (SN) Ke-11,
Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) nyata tidak disenangi di Indonesia.
Akhbar, Harian Haluan di Indonesia, menerbitkan Awasi NUMERA tulisan pengarang
tempatan, Darman Moenir, membidas niat NUMERA memasuki wilayah Indonesia,
sekali pun atas nama sastera Melayu.
Darman dalam rencana edisi dalam talian Haluan nyata sinis
melalui pertanyaan, apakah hubungan NUMERA dengan Indonesia? ‘Jelas, tidak
seorang pun warga Indonesia, urang awak, ikut mendirikan NUMERA!’
Foto ihsan - Muhammad Subhan
Ketika dihubungi Sastera, Darman menjelaskan, “NUMERA adalah
urusan sasterawan Malaysia dan tidak perlu membabitkan Indonesia, hatta
kalaupun ada penglibatan, mengapa bukan dengan Gabungan Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (GAPENA)?”
Malaysia di mata Darman belum kuat mempertahankan kedudukan
bahasa Melayu, selain bahasa itu tiada hubungan dengan bahasa Indonesia kerana
persoalan kebahasaan negara itu jelas sejak 28 Oktober 1928 melalui Sumpah
Pemuda.
Darman turut mengaitkan betapa tidak layaknya NUMERA
menginjak Indonesia, khususnya Padang yang menjadi lokasi kegiatan NUMERA
sekitar Mei lalu, berikutan isu tenaga kerja Indonesia yang didera majikan di
Malaysia, selain menyifatkan panggilan ‘Indon’ terlalu menghina.
Dr Kemala ketika ditemui Sastera menjelaskan, Darman berniat
jahat dan tersasar dalam rencananya kerana beliau tidak pernah berniat
mencampuri urusan Indonesia dan NUMERA ditubuhkan bagi membantu kebajikan
sasterawan seluruh Nusantara, selain mengeratkan ukhuwah melalui sastera.
Dato' Dr. Kemala.
Foto ihsan - Dato' Dr. Kemala.
Foto ihsan - Dato' Dr. Kemala.
Antara buah tangan Dato' Dr. Kemala.
Foto ihsan - Dato' Dr. Kemala.
Foto ihsan - Dato' Dr. Kemala.
“Kita semua adalah Melayu. Kepulauan Nusantara adalah
Kepulauan Melayu yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand
dan Singapura. Walaupun ada Minang dan Bugis, tetapi asalnya ialah Melayu.
Menolak Melayu adalah ego Darman,” tegasnya.
Dr Kemala mengajak mereka yang berkenaan melihat kembali
asal usul Melayu dan bagaimana sastera Melayu dipermudahkan serta dipinda-pinda
sesuka hati oleh orang lain kerana bangsa Melayu tidak bersatu.
“Setiap negara berjuang atas nama negara sendiri. Kita
dipisahkan oleh penjajahan dan politik. Jika kita lihat dulu, sukatan mata
pelajaran subjek Sastera Malaysia merangkumi karya dari Indonesia dan Brunei.
“Kita mengkaji karya Pramoedya Ananta Toer lewat Keluarga
Gerilya. Kita mengkaji Syair Rakis tulisan Pengiran Muhammad Salleh milik
Brunei. Tapi lihatlah betapa kita hari ini hanya membaca karya sendiri.
“Mengapa bimbang? NUMERA bukan pertubuhan politik. Kami
ingin melihat seni budaya sastera Nusantara dimasukkan kembali dalam sukatan
mata pelajaran Sastera di sekolah mahupun universiti di Brunei, Indonesia,
Malaysia dan Singapura,” ujarnya.
Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan