TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 24 Julai 2012

Kangkong atau Lalidi


إدريس تالو
Idris Talu

Kangkung atau lalidi atau salidi
Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ianya disebut kangkong. Di Minangkabau (Sumatra Barat) ada yang menyebutnya sebagai lalidi, salidi atai laletek.

Di negara jiran kita Thailand ianya disebut “phak bung na”, sementara di Laos disebut “pak bong”. Secara keseluruhannya, di Asia Tenggara ianya dikenali dengan nama kangkong. Kangkong menjadi salah satu sayur kegemaran pelbagai masyarakat di Asia Tenggara.

 Sotong kangkong amat popular di Malaysia.
 
Nama botanikal untuk kangkong ialah Ipomoea aquatica. Di kalangan orang Inggeris ianya dikenali dengan banyak nama, antaranya, water spinach, water morning glory, water convolus, malah ada yang menyebutnya sebagai “Chinese spinach”.

Kangkong dikatakan mengandungi banyak vitamin A serta zat besi.

Di Negara kita Malaysia, kangkong amat terkenal dengan “tumis kangkong berbelacan”. Sotong Kangkong juga amat popular di kalangan pelbagai kaum di Malaysia dan Singapura.


Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran