TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 14 Julai 2012

Dewan Bahasa dan Pustaka penggerak gelombang baru - Timbalan Perdana Menteri.


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR, syahrir.bakar@utusan.com.my
ARKIB : 14/07/2012

 
KUALA LUMPUR 13 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting sebagai penggerak gelombang baru bagi memperkasakan bahan rujukan serta persuratan dalam bahasa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, justeru DBP antaranya perlulah meningkatkan capaian pengguna dalam bahasa kebangsaan itu melalui maklumat serta program yang disebarkan melalui aplikasi telefon pintar dan komputer tablet.

Katanya, peranti tersebut kini merupakan saluran maklumat utama pelajar, remaja serta golongan profesional muda untuk berhubung dan berinteraksi.

 Ketua Pengarah DBP - Dr. Awang Sariyan.

“Sebagai badan tunggal yang diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan dasar berkaitan bahasa kebangsaan, DBP perlu menjadi pemegang amanah atau penjaga perbendaharaan ilmu dan persuratan Melayu di negara ini.

“Selain berperanan sebagai pusat rujukan sehenti oleh penyelidik dalam dan luar negara tentang ilmu dan persuratan Melayu, DBP juga harus meningkatkan kerjasama strategik dan sinergi dengan pusat penyelidikan dan universiti di dalam serta luar negara," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan telah melaksanakan satu inisiatif baru iaitu program Audit Bahasa yang bertujuan membantu meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, Audit Bahasa yang akan dimulakan tahun depan itu memberi tumpuan awal terhadap enam sektor di bawah Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan iaitu perkhidmatan awam, tempat awam, penyiaran dan komunikasi, kewangan dan perbankan, perdagangan dan pendidikan.

Sementara itu, menurutnya, Audit Bahasa dalam sektor lain akan dilaksanakan dalam fasa kedua program itu dengan bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang akan melaksanakan di papan iklan luar.

“Kementerian Pengajian Tinggi telah meletakkan sasaran penggunaan bahasa Melayu lebih meluas di institusi pengajian tinggi (IPT). Begitu juga Kementerian Kewangan yang telah mengeluarkan arahan supaya bahasa kebangsaan digunakan di bank dan syarikat insurans," katanya.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran