TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 7 Julai 2012

Cari ruang tingkatkan pelancongan Malaysia


Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA, saharudin.musthafa@utusan.com.my

 
NUSA DUA (Bali) 6 Julai - Malaysia akan sentiasa berusaha mencari ruang baru untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan negara seiring dengan perkembangan yang dialami oleh negara-negara serantau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pencapaian Malaysia di kedudukan kesembilan sebagai negara paling ramai di dunia dikunjungi pelancong, usaha berterusan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia tercicir berikutan persaingan yang diterima daripada negara-negara asing.

Dalam konteks ini, Muhyiddin menyarankan, usaha yang paling perlu ditingkatkan ialah memastikan pelancong asing menghabiskan masa yang lebih lama di Malaysia selain menggalakkan mereka berbelanja lebih banyak semasa berkunjung ke dalam negara.

Seiring itu, beliau berkata, penekanan promosi percutian di Malaysia untuk sasaran pelancong asing juga harus merangkumi pakej keupayaan yang mewah, percutian keluarga, pelancongan alam semulajadi serta pakej perniagaan pelancongan dan penganjuran acara antarabangsa seperti sukan dan sebagainya,

 Floria 2012.

"Sektor pelancongan mempunyai kesan yang besar kepada ekonomi dan taraf hidup rakyat, Malaysia dalam konteks ini tidak boleh terkecuali (untuk meningkatkan persaingan) ," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mendengar taklimat oleh Pengarah Lembaga Pelancongan Bali, Bagus Kade Subhiksu sempena lawatan kerja enam hari beliau ke Indonesia di sini hari ini.

Dengan merujuk populariti pulau peranginan popular Bali yang setiap masa menyaksikan peningkatan jumlah pelancong, Malaysia, jelas Muhyiddin, boleh belajar daripada pengalaman negara-negara asing yang berupaya mempertahan dan meningkatkan sektor pelancongan. - UTUSAN

Untuk rekod, Bali menerima kehadiran 1.3 juta pelancong dengan jumlah 70,000 pelancong yang berkunjung ke pulau ini terdiri daripada rakyat Malaysia (sehingga Mei lepas).

Dalam usaha memastikan jumlah pelancong terus meningkat, pemerintah Bali mengambil usaha menaikkan taraf lapangan terbangnya untuk dengan sasaran jumlah 24 juta penumpang berbanding 12 juta penumpang yang boleh ditampung pada masa ini.

Berbalik kepada rekod Malaysia, sektor pelancongan yang merupakan penyumbang ketujuh terbesar kepada ekonomi negara pada tahun lalu dengan kemasukan lebih 24 juta pelancong asing yang membelanjakan RM58.3 bilion.

Berdasarkan Pelan Transformasi Ekonomi, Malaysia mensasarkan kemasukan 36 juta pelancong menjelang tahun 2020 yang boleh menyumbang sebanyak RM103.6 bilion kepada negara. - UTUSAN

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran