إدريس تالو
Idris Talu
Persediaan iftar Ramadhan
رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.
Gerai Nasi Ayam Pak Yop.
Seperti mana biasa dalam
bulan Ramadhan, penulis akan singgah bertamu di Pasar Ramadhan di Kuala
Kangsar.
Bazar Ramadhan Kuala Kangsar
diadakan di sebuah bangunan besar beratap tinggi tetapi tidak berdinding. Oleh
itu suhunya tidak panas membolehkan pengunjungnya bergerak dengan selesa.
Bagunan Bazar Ramadhan ini
dinamakan “Arena Kuala Kangsar”, dulunya dinamakan “Arena Square”.
Di bawah ini penulis
paparkan beberapa gambar yang sempat diambil di situ.
Lagi gerai Nasi Ayam.
Walaupun namanya nasi ayam, tetapi ianya bukan bermaksud nasi untuk makanan ayam. Ianya nasi untuk makanan manusia.
Biasanya nasi ayam mengandungi nasi yang khas yang biasanya dikukus. Lauknya pastilah ayam - kalau tidak akan dinamakan nasi ayam. Ayamnya biasanya ialah ayam panggang bermadu.
Nampaknya banyak juga gerai untuk menjual nasi ayam di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar.
Gerai menjual lauk pauk pula.
Gerai menjual pelbagai jenis minuman sejuk.
Lagi gerai nasi ayam dengan nama - Nasi Ayam Gunung Pondok.
Gerai cucur udang & kuih.
Cucur udang memang merupakan salah satu makanan kegemaran di Perak. Bancuhan tepung bercampur daun kucai dan udang digoreng agak garing.
Cucur udang sangat enak dimakan dengan sambal kacang, seakan-akan sambal satay. Ianya juga sedap dimakan dengan sos cili bercampur tumbukan bawang putih bergula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan