Sabtu 14 Julai 2012.
Ikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013
Putrajaya: Seramai 38,549 lepasan Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi berjaya mendapat tempat di institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi
akademik 2012/2013. Jumlah itu mewakili 73.5 peratus daripada 52,430 calon yang
layak serta melepasi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr
Rujhan Mustafa, berkata jumlah calon layak susut 1.5 peratus berbanding tahun
lalu berikutan jumlah calon mengemukakan permohonan berkurangan kepada 63,467
iaitu susutan 1.9 peratus.
Beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada penurunan
ini ialah ketidaksediaan pelajar menerima kursus selain pilihan mereka, merit
rendah, profil kependudukan dan tidak menduduki Ujian bahasa Inggeris
Universiti Malaysia (MUET).
“Bagaimanapun, peratus pelajar cemerlang yang mendapat
tempat dan memenuhi pilihan program meningkat pada tahun ini,” katanya pada
sidang media, di sini semalam.
Rujhan berkata, jumlah tempat ditawarkan tahun ini
berkurangan antara 3,000 hingga 4,000 berbanding tahun lalu kerana lima
Universiti Penyelidikan menumpukan kepada pengambilan pelajar lepasan siswazah.
Pada masa sama, hanya 50 peratus pengambilan dilakukan di
kalangan pemohon bagi program pendidikan kerana tidak menerima unjuran
keperluan guru daripada Kementerian Pelajaran.
Bagaimanapun, katanya, kementerian akan menggunakan strategi
mengalihkan pelajar ke universiti komprehensif yang lain mulai tahun ini.
Beliau berkata, 5,154 calon berjaya mengikuti program
berdaya saing yang dipohon termasuk perubatan (875 orang), pergigian (170
orang), farmasi (295 orang), undang-undang (354 orang), kejuruteraan kimia (666
orang), kejuruteraan mekanikal (1,071 orang), kejuruteraan elektrik dan
elektronik (919 orang) serta perakaunan (804).
Calon boleh semak status permohonan melalui laman sesawang:
http://upu.mohe.gov.my
http://www.jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
bermula hari ini.
http://upu.mohe.gov.my
http://www.jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
bermula hari ini.
Mereka juga boleh menghubungi talian hotline 03-88706767,
Helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10
hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman sesawang
http://upu.mohe.gov.my
mulai hari ini dan berakhir 22 Julai.
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September ini.
http://upu.mohe.gov.my
mulai hari ini dan berakhir 22 Julai.
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September ini.
Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan