إدريس تالو
Idris Talu
Gerai @ Warung Makanan di kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang.
Selepas berbuka - licin pinggannya.
Waktu iftar (berbuka puasa
Ramadhan) di Taiping pada hari ini ialah
jam 7:36 petang. Kami tiba di kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang sekitar jam 7:37
petang – terlewat satu minit.
Anak-anak serta cucu-cucu
penulis terus memasuki gerai makanan yang memang dibuka 24 jam setiap hari itu.
Kami pun berbuka puasalah di situ dengan ala qadarnya sahaja.
Selepas berbuka puasa, kami
beredar ke surau di dalam kawasan Rehat dan Rawat juga. Suraunya amat bersih cuma
agak gelap – tidak cukup cahaya lampu.
Mungkin selepas ini pihak PLUS (Projek
Lebuhraya Utara Selatan) yang bertanggungjawab menguruskan tempat ini boleh
membuat sedikit perubahan untuk keselesaan pengguna lebuhraya beribadah di surau ini.
Antara gerai yang menjual buah-buahan di Rehat dan Rawat
Bukit Gantang ini.
Enam rengget? Tanya sahabat saya.
Faham-faham sajalah orang mana itu.
Durian Bukit Gantang - buahnya besar, sebesar gantang.
Selepas menunaikan shalat,
kami berehat sebentar di pondok-pondok atau disebut juga sebagai wakaf-wakaf, untuk meluruskan kaki dan tangan setelah lama berada dalam
kenderaan dalam perjalanan dari Utara tadi.
Kawasan Rehat dan Rawat
Bukit Gantang agak luas – lengkap dengan gerai makanan dan minuman, gerai
menjual buah-buahan, bilik air dan tandas (toilet) yang agak lapang.
Kawasan
letak keretanya agak luas – dibahagi kepada dua bahagian - untuk kenderaan ringan dan berat.
Mempelam atau mangga cokanan - kurang pasti lokal atau import.
Buah Dokong sekitar RM6.00 sekilogram.
Di sini juga terdapat tempat
untuk mandi dan pondok-pondok untuk para pengguna lebuhraya berehat. Paip-paip
air bersih juga disediakan.
Perfume bilik mandi yang terkenal.
Buah-buahan yang siap dipotong juga ada dijual di sini.
Suasana di kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang di waktu malam.
Gerai atau warung yang berjual aneka jenis buah.
Stesen petrol dengan
kemudahan membeli-belah barangan keperluan di lebuhraya juga tersedia di
kedua-dua belah lebuhraya.
Akhirnya sekitar jam 9:00 lebih, kami pun bertolak ke Ipoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan