TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 14 Julai 2012

Muhyiddin: Sistem pendidikan negara dirombak tahun depan


14 Julai 2012 
 Tan Sri Muhyiddin Yassin 
JOHOR BAHRU - Sistem Pendidikan Negara dijangka mengalami rombakan besar-besaran dan proses transformasi bermula tahun hadapan dengan mengambil kira hasil dapatan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalan sejak April lepas.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata transformasi itu akan dijalankan mengikut fasa dengan mendahulukan perkara-perkara yang boleh dilaksana dengan segera tanpa melibatkan perkara besar.
  
"Kami harapkan satu anjakan berganda dan semua pandangan daripada siri dialog ini telah dicatat, dikaji dan dianalis untuk mendapatkan intipatinya dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 15 tahun dan Pelan Strategik Pendidikan bagi tempoh tiga tahun.
  
"Jadi ia ada pelan jangka pendek, jangka sederhana, dan panjang iaitu selama 15 tahun supaya bidang yang perlu kita perbaiki dapat dilaksanakan kerana ini satu perkara yang besar dan kalau hendak lihat satu perubahan kita kena mengambil kira banyak perkara dan pandangan untuk pastikan kualiti pendidikan kita setanding negara maju," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Dialog Nasional Pendidikan Negara Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud. – Bernama

Sumber: Sinar Harian Malaysia Online.




Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran