ARKIB : 06/07/2012
LEDANG 5 Julai - Seorang pengusaha tanaman pisang terkejut
apabila mendapati salah sebatang pokok pisang udangnya mengeluarkan buah yang
mempunyai dua warna iaitu hijau dan merah.
Uda Esa, 43, menyedari keunikan pisang tersebut kira-kira
dua bulan lalu semasa jantungnya mekar dan mula mengeluarkan anak.
Menurutnya, keadaan itu merupakan yang pertama kali berlaku
sejak dia mengusahakan tanaman pisang udang tujuh tahun lalu di sebuah kebun di
Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir, dekat sini.
"Saya tanam 200 pokok pisang udang setahun lalu dalam
kawasan seluas 1.3 hektar bagi tujuan dieksport ke Singapura.
"Lazimnya, pisang ini warnanya kemerah-merahan dan
apabila sampai tempoh matang akan bertukar menjadi warna merah jambu,"
katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum
ini dan kejadian itu dianggap unik dan pelik.
Uda berhasrat menjual pisang tersebut jika ada pihak yang
benar-benar mahukannya dan kini sudah boleh ditebang.
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan