Dari wakil di Jakarta
JANGAN sesekali ada yang terfikir tajuk artikel itu sebagai
jenaka. Ia memang benar berlaku di Indonesia pada masa ini.
Sejak lebih seminggu lalu, media-media tempatan melaporkan
Indonesia sedang kecoh kerana bekalan tempe dan tauhu sukar diperoleh di pasar.
Seluruh rakyat negara ini amat pelik dengan situasi yang
berlaku. Tempe adalah jiwa bangsa ini. Sejak abad ke-16 lagi, tempe sudah
menjadi makanan asli bangsa ini.
Justeru, apabila tempe ghaib di pasaran, ia mengundang
suasana yang mencemaskan. Mana mungkin orang Indonesia tidak makan tempe.
Keakraban tempe dengan negara ini juga pernah disebut oleh
Presiden Sukarno dalam satu pidatonya.
Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.
Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan