TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 23 Ogos 2011

STAR (Ipoh) bina Galeri Tun Hamdan


23/08/2011

IPOH 22 Ogos - Bagi memperingati sumbangan yang banyak oleh Guru Besar pertamanya, Hamdan Sheikh Tahir, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) di sini akan menubuhkan sebuah galeri bagi menempatkan catatan sejarah mengenai tokoh tersebut.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Hamdan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, galeri tersebut akan ditempatkan di sebuah bangunan sedia ada yang akan dibaik pulih di atas tanah seluas 1.9 ekar dan dijangka beroperasi sepenuhnya Mei tahun depan.

Katanya, perbincangan bersama Arkib Negara dan Yayasan Tun Hamdan telah dilakukan bagi menempatkan bahan-bahan sejarah melibatkan tokoh tersebut di galeri itu.

"Pembinaan galeri ini cukup bermakna kerana ia merupakan usaha bagi memperingati jasa dan sumbangan Tun Hamdan yang berkhidmat di sekolah ini sejak ia ditubuhkan.

"Perbincangan telah diadakan bersama pihak yayasan dan kerja-kerja pembinaan dan pengumpulan bahan sejarah akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan biasiswa, zakat dan sumbangan raya kepada pelajar-pelajar dan anak-anak yatim negeri Perak di sini, hari ini.

Seramai 58 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu STAR, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah dan SMK Clifford menerima biasiswa Yayasan Tun Hamdan berjumlah RM500 setahun bagi tingkatan empat dan lima, manakala RM650 bagi tingkatan enam.

Source: Utusan Malaysia Online.


Maklumat tambahan dari arkib:

Foto kenangan Allahyarham Tun Hamdan diiringi masyarakat Minangkabau selepas dianugerahkan gelaran Datuk Bagindo Sati oleh Datuk Rangkayo Mulia Nan Kuning, selaku Gabenor Sumatra Barat pada 19 Disember 1991.
Sumber: Tun Hamdan - Guru Sepanjang Hayat oleh Mohd Nor Long.


Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran