LIPIS 20 Ogos - Semangat patriotik perlu disemarakkan bersama sambutan Hari Raya Aidilfitri demi mengekalkan perpaduan yang selama ini dipertahankan oleh pemimpin terdahulu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, sambutan hari kemerdekaan yang akan diraikan bersama Aidilfitri hujung bulan ini perlu dihayati, khususnya umat Islam di negara ini.
"Sempena sambutan berkenaan wajarlah orang Melayu terus bertaut berasaskan nilai Islam bagi mengelak berlaku perpecahan yang boleh membantutkan pembangunan negara.
"Umat Islam juga tidak wajar berpecah akibat bertekak mengenai perkara remeh-temeh dan kelemahan itu akan dieksploitasi oleh musuh untuk melemahkan Islam dan menjajah negara ini," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan menjelang hari raya Aidilfitri kepada penduduk Kampung Sungai Damak, Benta dekat sini, semalam.
Mohd. Soffi berkata, benteng terbaik umat Islam adalah mengukuhkan perpaduan, mengeratkan nilai persahabatan, hormat-menghormati antara masyarakat sekeliling tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik.
"Jika ini dititikberatkan bukan sahaja umat Islam kembali kukuh, tetapi juga keamanan yang dinikmati seluruh masyarakat berbilang kaum sejak 54 tahun negara mencapai Kemerdekaan dapat dikekalkan," katanya.
Beliau juga menyeru masyarakat Islam supaya sambutan kemerdekaan negara dan Aidilfitri disambut dengan kegembiraan bersama kaum-kaum lain.
Sehubungan itu, katanya, masyarakat dari kaum lain perlu didedahkan dengan sikap umat Islam yang menggalakkan amalan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Source: Mingguan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Ismail Talu Mengimbas kembali lawatan ke pulau dewata, yang penuh dengan pura dalam tahun 2006 yang lalu. Dah lama. Penulis bertany...
-
By Idris Ismail Talu Selamat berwuquf kepada semua jemaah haji yang sedang berwuquf ketika ini di Padang Arafah. Perhimpunan terbesar umat I...
-
Idris Talu Selepas Zohor, penulis bersama anak-anak dan cucu-cucu turun ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar untuk bersiar-siar di samping meni...
-
By Idris Ismail Talu Sekolah Kebangsaan Kuala Medang, sebuah sekolah kebangssaan biasa yang terletak hulu Sungai Jelai. Semasa penulis bertu...
-
By Idris Ismail Talu Gambar ini penulis ambil di R&R Tapah menghala ke Kuala Lumpur. Penulis lupa tanya berapa harganya sebatang lemang ...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Talu Tepak sirih adalah merupakan keperluan harian orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Jika dahulu, sirih pinang menjadi sajia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan