Oleh AMIR SARIFUDIN, amir.mansor@utusan.com.my
JERANTUT 14 Ogos – Berada di bandar ini, pasti akan merasai satu kelainan kerana Jerantut kini sudah berubah wajah. Bandar ini kian membangun dengan pesat.
Apa tidaknya, bandar Jerantut berterusan menjadi tumpuan para pelancong, usahawan mahupun penduduk yang hendak menetap atau mencari pekerjaan.
Terletak di laluan utama ke Taman Negara Kuala Tahan, bandar ini mula diuar-uarkan sebagai Bandar Taman Negara.
Secara tidak langsung, produk-produk pelancongan yang terdapat di daerah ini, memberi kelebihan kepada bandar Jerantut dan sekitarnya.
Malah, kedudukan pelancongan di Bandar Taman Negara ini sentiasa menjadi keutamaan kepada pelancong untuk berkunjung sepanjang tahun.
Bagi menjadikan Jerantut terus berkembang pesat, Majlis Daerah Jerantut (MDJ) telah mengatur strategi bagi merealisasikan perancangan tersebut.
Beberapa pendekatan diambil termasuk meningkatkan lagi kemudahan serta daya tarikan terbaharu memandangkan bandar itu sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
MDJ juga dilihat menggunakan segala produk yang terdapat di Jerantut untuk diketengahkan seperti kemudahan rekreasi, golf, sukan, aktiviti lasak, gua, budaya dan banyak lagi.
Dari segi rekreasi melibatkan penjelajahan, Gua Kota Gelanggi yang mengandungi beberapa buah gua lain seperti Gua Balai, Gua Ular, Gua Hijau dan Gua Tangga 99, dilihat berpotensi sebagai produk pelancongan.
Meneroka Gua Kota Gelanggi, ia sesuatu yang amat menarik. Pelancong boleh menghabiskan masa sehari suntuk meneroka gua-gua di sini.
Begitu juga dengan kemudahan golf di Lembah Kiol, ia sesuai untuk aktiviti sukan selain penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Berada di Jerantut, pelancong yang meminati aktiviti lasak juga boleh meneroka kawasan-kawasan pedalaman di mana terdapat air terjun, sungai dan sebagainya seperti di Ulu Salan, termasuk penggunaan pacuan 4x4 dan kenu.
Satu lagi daya tarikan di Jerantut ialah gugusan tanah rancangan Felda dengan produk-produk tersendiri diketengahkan oleh golongan peneroka.
Pelancong boleh merasai kehidupan sebagai peneroka apabila berkunjung ke tanah rancangan di situ.
Untuk menjadikan Jerantut tumpuan ramai, MDJ mahu lebih banyak penganjuran aktiviti dilakukan bukan sahaja dari MDJ sendiri, malah oleh pihak swasta.
Antara program dalam masa terdekat melibatkan Jerantut ialah Merdeka Challenge yang bakal diadakan September ini dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Pahang.
Anjuran Merdeka Challenge bakal melibatkan 50 hingga 100 buah kenderaan pacuan empat roda.
Aktiviti itu mendapat kerjasama Middle Earth yang melibatkan pelbagai aktiviti lasak dan santai. Turut sama menjayakan Merdeka Challenge ialah Kelab Redah 4x4.
Merdeka Challenge melibatkan aktiviti pacuan 4x4, berbasikal, golf dan banyak lagi. Lebih menarik beberapa kategori hadiah disediakan. Yang berminat boleh menghubungi Middle Earth, di talian 012-9819145.
Apa yang pasti, Merdeka Challenge di Lembah Kiol itu bakal mewarnai kalendar Jerantut setiap tahun melibatkan semua peringkat usia.
Ia juga dianggap sebagai aktiviti berkeluarga dan sasaran seterusnya menjadikan Merdeka Challenge bertaraf antarabangsa.
Mengenai perubahan mendadak di Jerantut, Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, antara cadangan difikirkan ialah mengabadikan nama Mat Kilau pada sebatang jalan raya di bandar berkenaan.
Menurutnya, pada masa ini sebuah bulatan telah dinamakan Bulatan Mat Kilau.
Langkah MDJ itu dilihat amat tepat memandangkan nama Mat Kilau adalah catatan sejarah yang mengharumkan nama Jerantut, negeri Pahang dan juga negara.
SEORANG kaki pancing menunjukkan udang galah diperoleh setelah memukat di sebatang sungai di Jerantut.
Selain itu, bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi, MDJ turut memperkenalkan konsep berniaga malam ‘uptown’ bagi ‘menghidupkan’ suasana di Jerantut.
Uptown bukan sahaja mewujudkan peluang perniagaan, malah pelancong yang datang atau hendak pulang menggunakan kereta api, akan berbelanja sebelum memulakan perjalanan mereka.
Pada bulan Ramadan ini pula, Jerantut memang terkenal dengan makanan murtabaknya hinggakan ia menjadi tumpuan penduduk luar.
Apabila berada di Jerantut, sebuah menara jam yang baru dibina pasti menarik perhatian pengunjung di samping sebuah galeri yang masih dalam pembinaan serta pengisian.
Galeri berkenaan akan memberi segala maklumat mengenai sejarah dan pelancongan yang terdapat di Jerantut serta sekitarnya.
Wan Norizan berkata, MDJ akan terus mengorak langkah membangunkan Jerantut bukan sahaja dari segi ekonomi, malah sektor pelancongan.
Sehubungan itu, beberapa program kini dalam perancangan dan akan dimaksudkan dalam kalendar Jerantut untuk menarik kehadiran pengunjung.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan