17:43:43 PM - Mutakhir
SEPANG: Seramai tujuh pelajar Malaysia yang menuntut di
Syria selamat pulang ke tanahair selepas pesawat komersial yang dinaiki mereka
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, tepat
jam 4.15 petang tadi.
Kumpulan pertama rakyat Malaysia itu pulang ke tanahair
dengan menaiki pesawat komersial Emirates EK346.
Ketibaan mereka lewat kira-kira 1 jam 30 minit dari waktu
yang dijadualkan.
Turut menyambut kepulangan pelajar dari negara bergolak itu
adalah Timbalan Menteri Luar, Richard Riot Anak Jaem, pegawai rasmi Wisma Putra
dan keluarga pelajar.
Sumber: Berita harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan