TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 24 Julai 2012

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar - Siri 01


إدريس تالو
Idris Talu
Persediaan iftar Ramadhan
 رمضان الإفطار إعداد
Ramadhan Iftar preparation.


 Bazar Ramadhan di Arena Kuala Kangsar
Inilah bangunan tujuan petang ini.

 Seperti biasa, setiap tahun, penulis coba mengunjungi Pasar Ramadhan Kuala Kangsar di bangunan Arena Kuala Kangsar, di lembah Sungai Perak.

Penulis tiba agak awal, lebihkurang jam 3.30 petang.  Masih ada peniaga yang belum tiba di pasar Ramadhan itu. 

Dalam keadaan cuaca agak mendung penulis selesa mengitari kawasan pasar yang bersih ini.

Kelihatan dalam gambar di bawah, ada peniaga yang baru tiba dengan keretanya, membawa barangan untuk jualannya.

 Pembeli belum ramai lagi.

Pihak berkuasa kesihatan daerah juga nampaknya agak sebok memeriksa agar para peniaga di sini mematuhi piawaian kesihatan untuk kebaikan pengguna yang berbelanja di situ. 

Kelihatan juga beberapa peniaga diberi penerangan dan panduan kesihatan di atas pentas arena tersebut. 

 Suasana ceria di Bazar Ramadhan Kuala Kangsar.


Setakat ini dulu entri tentang Bazar Ramadhan di Arena Kuala Kangsar. 

Insya Allah kita sambung besok dengan gambar-gambar yang terbaru.

Selamat bersahur dan selamat berpuasa.






2 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

selesa tempatnya ye... bangunan kekal mcm ni.. diluar bulan puasa digunakan utk apa ya tuan?

Idris Talu berkata...

Puan Madiha,

Memang selesa tempatnya untuk dijadikan Bazar Ramadhan. Setahu saya Batu Gajah juga ada mempunyai bangunan yang serupa tetapi Bazar Ramadhan Batu Gajah dibuat di tempat lain.

Banyak aktiviti masyarakat dan jabatan-jabatan kerajaan dilakukan di sini selain tempat berniaga untuk peniaga-peniaga kecil.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran