Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/10/02
Oleh Karim Sulaiman, sitikarim@gmail.com
RASANYA baru semalam kami berkemas untuk ke Tanah Suci tahun lalu. Sabtu depan rombongan pertama bakal haji Malaysia akan berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima. Cepatnya masa berlalu. Mereka adalah sebahagian daripada 26,000 jemaah Malaysia yang beruntung diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah musim haji tahun ini. Saya mendoakan mereka mendapat haji mabrur.
Pada kesempatan ini, saya ingin memberi sedikit panduan kepada jemaah dari kalangan orang kurang upaya (OKU), orang berusia lanjut dan sakit. Pengalaman ketika menunaikan haji tahun lalu, diharap dapat dijadikan panduan kepada mereka dalam melaksanakan ibadat itu dengan tenteram. Saya juga pada peringkat awalnya gementar dan gusar dengan pelbagai kemungkinan ketika berada di Tanah Suci.
Bagaimanapun, dengan persediaan secukupnya serta bantuan isteri dan anak serta jemaah lain, banyak perkara boleh diatasi dengan mudah. Nasihat utama saya, bagi jemaah yang sakit dan berusia perlu mengambil langkah pencegahan kesihatan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Buat semua suntikan yang diperlukan. Perkara lain adalah mendapat surat daripada doktor mengenai sakit yang dihidapi. Minta doktor mencatatkan perincian mengenai penyakit itu, terutama penyakit yang jarang ditemui seperti keadaan pesakit dan tindakan khusus yang perlu diambil jika jemaah diserang penyakit.
Perlu juga dicatatkan ubat-ubatan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh pesakit. Surat ini perlu dibawa bersama jemaah sepanjang masa. Jemaah juga perlu membawa ubat secukupnya sebagai persediaan jika ia kehabisan atau tidak ada dalam simpanan di Hospital Lembaga Tabung Haji di sana.
Dengan adanya surat itu akan memudahkan petugas kesihatan dan perubatan Tabung Haji mengambil tindakan segera dan sewajarnya jika jemaah diserang sakit. Seperkara lagi, bawalah ubat batuk secukupnya apabila ke Arafah dan Mina. Batuk adalah penyakit biasa jemaah ketika berada di sini. Di sini bukan seperti di Madinah atau Makkah, di mana jemaah mudah mendapat bekalan ubat batuk di mana-mana farmasi.
Apa pun, banyakkan berdoa supaya kita dikurniakan kesihatan baik sepanjang menunaikan ibadat itu. Inilah penawar paling mujarab. Selebihnya reda dan berserah kepada Allah.
Bagi golongan OKU, berusia lanjut dan sakit, urusan mereka ketika berangkat ke Tanah Suci dan pulang ke tanah air bukan saja mudah, malah istimewa. Saya menasihatkan golongan ini supaya memaklumkan kepada Tabung Haji atau syarikat swasta yang mengendalikan urusan haji mereka mengenai status jemaah itu. Ini bagi membolehkan segala kemudahan untuk mereka dapat disediakan. Ketika tiba di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor mereka tidak perlu bersesak-sesak bersama beratus-ratus jemaah lain untuk pemeriksaan bagasi dan pasport. Mereka bersama pengiring boleh terus masuk ke dewan pemeriksaan untuk tujuan itu.
Petugas Tabung Haji bersedia membantu urusan mereka. Golongan ini juga akan dibawa dengan kenderaan khas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Bagi jemaah yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia, biasanya akan ditempatkan di kelas perniagaan jika ada kekosongan.
Nasihat saya, mereka jangan segan untuk menaiki kerusi roda kerana urusan di sini mengambil masa sedikit. Ketika tiba di Jeddah atau Madinah, ada petugas yang bersedia memberi bantuan. Mereka juga jangan malu untuk meminta bantuan petugas Tabung Haji yang dedikasi dan mesra. Saya ucapkan selamat berangkat kepada semua jemaah musim ini dan semoga dikurniakan kesihatan baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TitisanHarapan_JemaahOKUperlubuatpersiapanrapisebelumkeTanahSuci/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan