TIBA-TIBA dan tanpa sesiapa menyangka, sebuah novel berusia lebih 40 tahun menjadi begitu berharga di pasaran politik. Sebelum ini, karya sastera tidak dipandang golongan politikus. Tetapi Interlok telah membuka satu pembaharuan apabila orang politik terutama kalangan India termasuk MIC 'meminati' Interlok. Mereka berduyun-duyun membeli, membaca dan kemudian membakar novel itu.
Belum ada dalam sejarah kesusasteraan Melayu sebuah novel menjadi begitu 'diminati' oleh bukan Melayu terutama orang India. Malah orang Melayu sendiri jarang membaca novel Melayu kerana mereka membaca novel Inggeris atau langsung tidak membaca apa-apa. Tetapi Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain sangat 'diminati' oleh orang India dan mereka yang tahu nilai politik Interlok begitu tinggi.
Seorang rakan dengan sinis berkata, ini satu perkembangan baik kepada novel bahasa Melayu kerana diminati oleh bukan Melayu dan dibicarakan hingga ke Parlimen. Bukankah ini satu 'penghormatan' tertinggi kepada karya seorang Sasterawan Negara di negara yang bernama Malaysia ini? Tambahnya lagi, kita perlu berbangga apabila orang India dapat membaca karya bahasa Melayu dengan baik sehingga mereka perasan terdapat perkataan 'paria' di dalamnya.
Parti-parti politik India mendesak kerajaan menarik balik Interlok daripada dijadikan buku teks Tingkatan Lima atau gugurkan perkataan 'paria'. Dalam siri desakan ini, termasuklah sekumpulan India bertindak biadap membakar potret Abdullah Hussain dan novel Interlok di Klang, Selangor. Tidak cukup dengan kebiadapan itu, mereka juga melancarkan perang psikologi apabila membuat laporan polis serentak di beberapa negeri terhadap Interlok.
Pemilihan Interlok dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran. Mereka ini bukanlah dungu atau bengap seperti penentang Interlok, termasuk yang membakarnya. Mereka mempunyai wibawa yang tinggi, baik dalam sastera atau sosial. Tetapi apabila Interlok menjadi bahan jual beli politik, wibawa mereka seolah-olah lebih rendah daripada penentang Interlok. Keputusan untuk menyunting Interlok adalah menafikan buah fikiran jawatankuasa yang memilih novel itu.
Kalangan sasterawan, bukan sahaja Melayu, malah India dan Cina tidak menemui 'penghinaan' seperti yang didakwa oleh kalangan orang politik India. Saya percaya mereka bukan membuta tuli mempertahankan karya Melayu tetapi mempertahankan karya yang baik daripada dijahanamkan oleh pencari peluang dalam politik. Bagaimanapun hujah-hujah waras kalangan sasterawan Cina dan India mengenai Interlok tidak terlawan nilai tinggi Interlok di pasaran politik negara ini.
Akhirnya desakan, kebiadapan dan keputusan politik lebih menonjol untuk menghukum Interlok. Kewarasan dalam keilmuan tidak dapat menyelamatkan Interlok kerana politik lebih penting daripada segala-galanya. Saya segera teringat isu Teoh Beng Hock dan Kugan di mana pendesak hanya akan mengiktiraf keputusan yang menyebelahi mereka. Demikian juga nasib Interlok. Tahniah.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Photo: Idris Talu. Article: Pusat Maklumat Rakyat . Pada masa kini teknologi pertanian terus berubah. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapa...
-
By Idris Ismail Talu Ladang teh di Sungai Palas di Brinchang ini merupakan ladang teh tercantik di daerah Cameron Highlands. Ladang-ladang t...
-
By Idris Talu. Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab, ramai yang terlupa atau tidak perasan bahawa tarikh hari ini iaitu 09-09-09. Ya hari...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu. Pohon-pohon persimmon Malaysia (pisang kaki) sedang mengalami musim gugur di Malaysia. Selepas kebanyakan daunnya gugur ke ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu . Menyambut musim durian setiap tahun, pihak pengurusan Lebuhraya Utara-Selatan tidak lupa mengadakan "Pesta Duria...
-
Pokok Buah Beka. Kali ini ingin penulis ingin berkongsi pengetahuan tentang pokok beka yang banyak tumbuh di tepi sungai dan di dalam kebun ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan