TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 1 Februari 2011

Limau Tambun

By Idris Talu
Limau Tambun merupakan sejenis limau bersaiz besar yang banyak ditanam di sekitar bandar Ipoh terutamanya di sekeliling pekan kecil Tambun di Hulu Kinta.


Hentian Limau Tambun
Di Jalan Dr. Raja Nazrin Shah, Ipoh.

Hari sudah agak lewat malam,
ramai penjual telah pun menutup jualannya.

Buah limau Tambun yang besar dan segar,
yang baru dipetik dari pokoknya.

Di antara gerai jualan limau Tambun
yang masih dibuka.

Buah limau Tambun segar dari pohonnya.

Boleh didapati dalam pelbagai saiz.

Suasana sekitar pukul sebelas malam di Hentian Limau Tambun.
Limau Tambun atau juga dikenali sebagai limau Bali, yang nama saintifiknya ialah Citrus grandis Osbeck/maxima. Di kalangan mereka yang berbahasa Inggeris ianya dikenali sebagai Pummelo@Pomelo.






Limau Tambun dan kacang tanah merupakan barangan wajib untuk dibeli jika anda berkunjung ke Ipoh. Limau bali dan kacang tanah boleh dibeli di mana saja di Ipoh tetapi paling banyak ialah di sekitar Jalan Dr Raja Nazrin Shah (dulunya Jalan Gopeng) dan Jalan Tambun.

Suasana di depan Hentian Limau Tambun sekitar jam 11.00 malam tadi.


Buah limau Tambun dikatakan banyak mengandungi vitamin A dan C yang amat diperlukan badan manusia. Kulit buahnya yang tebal boleh dibuat halwa dan kudapan yang menyelerakan. Isi buah limau tambun yang telah dikopek biasanya menjadi campuran utama dalam makanan Cina yang disebut “Yee Sang” yang biasanya disediakan untuk menyambut Tahun Baru Cina. 

2 ulasan:

KELI OH KELI berkata...

cantik gambar2 ni...pandai bro amek gambar..sedapnya limau tu.. :)

Idris Talu berkata...

Keindahan dan nikmat yang Allah berikan kepada kita di bumi Malaysia yang makmur ini. Mensyukuri nikmat dari Tuhan ini menjadi kewajipan kita semua.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran