TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 31 Januari 2011

Lawatan PPW Perak ke OUM Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

By Idris Ismail Talu

Hari ini (Isnin, 31 Januari 2011) merupakan hari yang bersejarah kepada staf OUM Perak, para pelajar dan beberapa orang tutor yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Richard Ng, yang berpeluang melawat kampus induk OUM Kuala Lumpur.

Rombongan kami telah disambut mesra dan dibawa ke semua bahagian di ibu pejabat pentadbiran OUM dan diberikan taklimat mengenai fungsi bahagian-bahagian tersebut.

Selepas menikmati jamuan makan tengahari, kami bergambar bersama President/Vice-Chancellor – Professor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Datuk Ir. (Dr) Haji Ahmad Zaidee Laidin (ahli lembaga pengarah), Senior Vice President - Prof Dr. Mansor Fadzil, Vice President - Prof. Ir Dr Rosli Hamir, Deputy Vice President – Prof Dr Sha’ari Abd Hamid, Register/General Manager - Puan Kamariah Mohd Noor, serta Dr. Santhi dan sebahagian anggota Ibupejabat OUM Kuala Lumpur.


Selepas itu rombongan kami ke PPW Petaling Jaya dan disambut mesra oleh Prof Madya Puan Che'an Ahmad serta pegawai-pegawai OUM lainnya.


http://idristalu.blogspot.com/

2 ulasan:

Aida Ali berkata...

Salam. Kenangan manis tu

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam Cikgu Aida,

ya, banyak kenangan manis. Malah kita boleh berbangga dengan perkembangan atau kemajuan dunia pendidikan kita. Saya cukup bahagia dapat sama-sama menyumbangkan keupayaan dalam bidang yang mulia ini.

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran