TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 22 Januari 2011

Menara 135 meter bakal mercu tanda baru di Langkawi


LANGKAWI 22 Jan. – Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan

“Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.

Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut.

“Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock, Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.

Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Katanya, sebuah pusat sehenti pelancongan dan gerai makanan yang menghidangkan juadah tempatan akan turut dibina di kawasan menara sebagai tarikan.

Selain itu, kawasan nelayan di situ akan dibangunkan untuk manfaat bersama. – BERNAMA.

Source: Mingguan Malaysia Online.

1 ulasan:

Adry@Daun berkata...

As-Salam en. Idris,
Saya kerja dn menetap di Langkawi. Pembinaan menara ini pada saya adalah satu langkah baik utk menarik lbh ramai pelancong ke Langkawi. Apa yg saya tahu, menara ini diberi nama Menara Mahsuri(belum/tidak rasmi lagi). Tidak pasti apa nama yg sebenar akan diberi untuk menara ini.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran